Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Sedia Beri...

KUALA TERENGGANU - Mohamad Sabu berkata, beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin Gerakan...

Masa Untuk Fokus Akses...

KUALA LUMPUR - Negara anggota Telekomuniti Asia Pasifik (APT) kini lebih perlu memberi fokus terhadap kualiti dari segi capaian dan pengalaman pengguna dalam...

Polis Curi Kereta Polis...

KUALA LUMPUR - Kawasan letak kereta di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM),...

Bomoh Ditahan Rogol Wanita...

PASIR MAS: Polis menahan seorang bomoh berusia 67 tahun selepas didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun, ketika proses rawatan tradisional dalam kejadian di rumah suspek di Kampung Tendong di sini, pada Jumaat lepas.

Ops Mega Berjaya Tangani Wabak Denggi

KUALA LUMPUR – Ops Mega yang dilaksanakan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan bagi memerangi wabak denggi membuahkan hasil apabila bilangan kes denggi di beberapa negeri berjaya dikurangkan sehingga 62 peratus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam berkata, Ops Denggi yang bermula beberapa bulan lalu telah menurunkan sebanyak 50 peratus kes denggi di Negeri Sembilan, Selangor (48 peratus) dan Kuala Lumpur (36 peratus).

“Hasil daripada pelaksanaan pelan tindakan ini telah menghasilkan satu impak yang positif. Ketiga-tiga negeri yang terlibat telah menunjukkan trend penurunan bagi kes mingguan dan wabak yang dilaporkan bejaya mengurangkan bilangan kes keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Subramaniam turut memaklumkan, Ops Mega di Kelantan berjaya menurunkan kes denggi di negeri itu sebanyak 62 peratus selepas empat minggu pelan tindakan bersepadu itu dilaksanakan.


Menurut beliau, Ops Mega turut mengurangkan bilangan kawasan panas denggi di Lembah Klang daripada 94 kawasan kepada cuma 58 kawasan.

Justeru, katanya, kerajaan akan meneruskan Ops Mega untuk membasmi masalah denggi di negara ini.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori