Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Instagram Digodam, Janna Nick...

TAK tahu la nak gambarkan macam mana perasaan bila akaun Instagram yang sudah...

Cool! Speaker Bluetooth Versi...

Filem Avengers: Age of Ultron nampaknya bak seperti 'goreng pisang panas' di kebanyakkan...

Jangan Politikkan Isu Dana...

KUALA LUMPUR - Pelbagai pihak diminta tidak mempolitikkan isu dana RM19 juta kepada...

Polis Perak Cekup Penyamun...

BAGAN SERAI: Ibarat kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga....

Pakej Percutian Ratusan Ribu Ringgit… Sanggup Ke ?

SANGGUPKAH anda membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk ke destinasi pelancongan mewah yang anda impikan?

Jika wang bukan masalah,anda boleh memilih untuk membelanjakan RM492,468 untuk percutian dua orang di atas kapal layar mewah milik hartawan Britain terkenal, Sir Richard Branson. Kapal layar mewah dikenali sebagai Necker Belle akan membawa anda belayar merentasi lautan Carribean dan Mediterranean selama tujuh malam.

NECKER BELLE -  Main

Dengan layanan VVIP, kapal layar mewah ini boleh memuatkan 12 tetamu jika anda ingin bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Anda boleh mengisi percutian ini dengan berjemur di atas dek, melakukan aktiviti skuba, ‘snorkelling’ atau berparti secara privasi!

NECKER BELLE -  Aft Deck Dining

Satu lagi percutian mewah yang menarik adalah melancong ke Eropah ditemani dengan ‘personal shopper’ ke butik-butik mewah berjenama yang menawarkan koleksi eksklusif .

Percutian yang berharga RM109,804 untuk dua orang ni bukan saja memberikan anda pengalaman membeli belah secara privasi malah anda akan dihantar menaiki limosin ke setiap destinasi. Lebih menarik, anda berpeluang memiliki koleksi barangan rekaan akan datang dari butik jenama mewah ini. Menarikkan?

milan shop


 

Selain itu dengan pakej RM131,979 untuk dua orang selama 5 malam, anda boleh menikmati percutian di resort persinggahan peribadi di Banyan Hill Resort, Fregate Island Private. Lokasinya di tanjung terpencil itu bukan sahaja dikenali sebagai syurga naturalis, tetapi tetamu yang menginap seolah-olah memiliki seluruh pulau.

Penginapan mewah itu dilengkapi dengan kolam mandi peribadi, dilayan dengan oleh pembantu peribadi selain makanan dimasak oleh chef peribadi! Semua khusus untuk anda!

fregate island

Banyak lagi pakej percutian mewah yang ditawarkan oleh agensi pelancongan tempatan terbesar, Mayflower ini. Seperti percutian mewah di Banjaran Hotspring, Ipoh, Perak namun dengan harga berpatutan RM3,117 seorang atau percutian pengembaraan eksotik di Cuba, selama 6 malam dengan harga RM5,636 seorang. Oh yer, semua harga itu tidak termasuk tiket penerbangan yer…

Best kan kalau ada duit. Bilalah nak merasa feeling-feeling orang kaya ni. Terasa macam nak nyanyi lagu Awi Rafael, ‘Kalau Aku Kaya, Hari hari hari raya…!’ :-MYNEWSHUB.CC

Oleh:SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori