Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pakaikan Anak Dengan VS...

TINDAKAN seorang aktres Taiwan yang memakaikan anaknya seperti model pakaian dalam Victoria Secret...

Veteran Tentera Mohon Kuota...

KANGAR - Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM) memohon agar kuota haji...

Cara Kejam Maklumkan Kematian...

LANGSUNG tidak berperikemanusiaan. Itu kecaman yang diterima oleh sebuah rancangan realiti TV, Kismetse...

Aksi Pembantu Pilot Garuda...

JAKARTA - Meskipun berada tinggi di atas awan biru, aksi bersahaja pembantu juruterbang...

PANAS!! VIDEO : Hadi Awang Berteka-Teki Isu MB Selangor

TUMPAT – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya berteka-teki malam tadi adakah beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad pada pagi Jumaat lepas berkenaan isu Menteri Besar Selangor.

Abdul Hadi ditemui pemberita selepas memberikan ceramah di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat dalam rangka kempen PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

HadiAMK_2

“Ramai, mungkin di antaranya Nik Nazmi adalah (berjumpa), Pemuda PAS, Pemuda DAP dan AJK (Ahli Jawatankuasa) PAS Pusat pun jumpa,” katanya.

Mengulas pendedahan Nik Nazmi, Abdul Hadi berkata beliau tiada hak menentukan apa-apa hal berkaitan isu Menteri Besar Selangor.

Semalam, Ketua AMK itu berkata bahawa dalam pertemuan dengan Abdul Hadi, pemimpin PAS itu berkata PAS berhasrat mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan beliau sendiri akan memantau prestasi Abdul Khalid sebagai ketua pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya tiada hak nak menentukan Menteri Besar Selangor, Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) yang boleh menentukannya,” katanya kepada pemberita.


Pada majlis ceramah PAS di kampung itu, pada mulanya sekitar pukul 10 Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berceramah pada mulanya sebelum kemudian meninggalkan majlis secara tergesa-gesa seperti tidak tahu menahu akan kehadiran Abdul Hadi ke lokasi itu.

Ia seperti menunjukkan ada sedikit perselisihan di antara orang nombor satu dan dua dalam PAS dalam isu Menteri Besar Selangor itu.

http://www.youtube.com/watch?v=KZPHJ0vO7Rc

PRK DUN Pengkalan Kubor akan berlangsung pada 25 September ini bagi mencari pengganti kepada Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia pada 20 Ogos lepas. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K | Video : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori