Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ramai Berdosa Sebar Hadis...

KUALA LUMPUR - Ramai umat Islam negara ini terlibat dengan dosa kerana didapati...

Sasar Jadi Pengeluar Buah...

PADANG BESAR - Perlis menyasarkan untuk menjadi pengeluar buah tin terbesar di Asia...

MAS Bayar Balik Penumpang...

KUALA LUMPUR - Penumpang Malaysia Airlines (MAS) yang membatalkan penerbangan ke London pada...

Ini Permulaan Mengakhiri Episod...

PUTRAJAYA - Selepas lebih setahun negara dilanda COVID-19, permulaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

Panggilan Ustaz Pun Dijadikan Isu Oleh PAS

TUMPAT – Dalam banyak-banyak perkara, PAS tidak berpuas hati dengan gelaran ustaz oleh penduduk kampung kepada calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail dan menjadikannya sebagai isu dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang hari ini masuk hari keempat.

Jentera parti itu gelisah apabila calon BN disegani oleh masyarakat Pengkalan Kubor dan menghina Mat Razi, 48, dengan berkata pengasas dan pemilik Maahad Tahfiz Pondok Simpangan itu tidak layak digelar ustaz dan meminta orang kampung tidak memanggilnya dengan gelaran itu.

Calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, berkata Mat Razi tidak layak dipanggil ustaz kerana pernah bekerja sebagai penjawat awam dan berpakaian formal ketika menjalankan tugas.

Calon BN itu dalam jawapan terhadap penghinaan itu berkata, beliau tidak pernah meminta sesiapapun memanggilnya ustaz tetapi penduduk kampung yang memberikan gelaran itu kepadanya.

Beliau membuka pusat pengajian agama itu di atas tapak tanah miliknya yang  diwakafkan dan sebanyak 50 pelajar sedang mengikuti pengajian agama secara percuma.

Mat Razi, bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat sentiasa tenang dan tidak melatah dengan segala tohmahan yang dilemparkan malah dalam kempen-kempennya beliau hanya mahu fokus menyelesaikan masalah penduduk dan merancang pembangunan tambahan di kawasan itu.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas cercaan PAS terhadap Mat Razi dan menyifatkan parti itu hanya mahu memburuk-burukkan calon BN kerana terdesak ekoran ketandusan isu.

Beliau bagaimanapun yakin serangan berunsur peribadi itu tidak memberi kesan terhadap sokongan pengundi kepada BN.

“Saya lihat sini tidak ada isu besar dan saya katakan sasaran PAS terhadap calon (BN) kerana dia tahu calon kita diterima baik dan cemerlang.

“Satu daripada strategi dia (PAS), nak kritik peribadi calon. Saya sendiri dalam ucapan saya tidak pernah menyentuh soal calon pembangkang. Tidak apa lah, mereka takut agaknya,” katanya kepada pemberita di rumah Mat Razi di Kampung Simpangan di sini.

Gerakan kononnya untuk memberi penjelasan kepada pengundi imej sebenar calon BN ini semakin rancak dilakukan penyokong dan pemimpin PAS pada kempen PRK itu.

“Bukan ustaz, dia hanya (Mat Razi) guru sekolah dan mengajar al-Quran,” kata seorang  penduduk yang mahu dikenali sebagai Pak Din, 70-an, ketika ditemui di sebuah kedai kopi di Pengkalan Kubor.


Pak Din antara beberapa penyokong PAS yang ditemui dan ditanya kenapa mereka mempertikaikan gelaran ustaz kepada Mat Razi.

Bagaimanapun seorang penduduk Kampung Simpangan, Mohamad Asri Ismail, 51, berkata pembangkang “tidak berpijak di bumi nyata” dan mereka suka membuat fitnah bagi mengelirukan orang ramai khususnya pengundi di DUN Pengkalan Kubor.

“Saya berkawan dengannya sejak kecil dan belajar pun di sekolah yang sama, saya sememangnya amat mengenali Mat Razi di mana di luar waktu pejabat, beliau mengajar mengaji al-Quran dan bidang ilmu agama yang lain,” katanya.

Katanya Mat Razi juga sering menyampaikan kuliah agama selepas solat Maghrib di Masjid Mukim Simpangan  Hilir yang terletak bersebelahan dengan rumahnya dan disebabkan itulah beliau digelar ustaz.

Seorang pemerhati politik, Profesor Adjung Universiti Utara Malaysia Datuk Hasan Haron berkata BN memilih calon yang tepat dan berwibawa kerana mempunyai pengetahuan ilmu agama dan pengalaman kerja yang dekat dengan masyarakat.

Beliau berkata lazimnya apabila berlakunya pilihan raya kecil, isu-isu setempat akan lebih ditonjolkan tetapi harus diingat di Kelantan, kerajaan negeri ditadbir oleh PAS yang juga mempunyai peranan.

“Tetapi persoalannya apakah yang dibangunkan oleh kerajaan negeri kerana projek pembangunan yang banyak di DUN Pengkalan Kubor dan Kelantan amnya adalah sumbangan kerajaan persekutuan.

“Dalam kempen PRK ini, PAS dilihat cuba mengalihkan perhatian pengundi kepada isu lain bagi menutup kelemahan kerajaan negeri,” katanya.

PRK DUN Pengkalan Kubor akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Sept sebagai hari pengundian.

Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori