Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

MRSM Beroperasi Seperti Biasa,...

KUALA LUMPUR - Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) beroperasi seperti biasa namun tiada...

GoAsean Kini Boleh Ditonton...

KUALA LUMPUR - Penonton saluran kembara pertama di dunia mengenai ASEAN, GOASEAN kini...

Harga Perawan RM16,000 Kerana...

Shanghai - Seorang wanita yang menyaman seorang lelaki kerana ‘mencabuli haknya terhadap keperawanan’...

Anak Terkilan Tak Sempat...

JEMPOL - "Saya sangat terkilan sebab tidak sempat tunaikan permintaan ibu bapa saya...

PAS Teruskan Tahaluf Siyasi Dengan PR

BATU PAHAT – Pas akan meneruskan konsep Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat (PR) selagi ia tidak melanggar syarat digariskan Majlis Syura Ulama dan hukum tertinggi parti, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas, berkata sepanjang sejarah perjuangan parti itu, ia tidak pernah khianat terhadap Tahaluf Siyasi yang dijalinnya dan meminta rakan-rakannya tidak berlaku khianat terhadap kerjasama itu.

“Dengan merujuk kepada syarat-syarat Tahaluf yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS serta hukum-hukum tertinggi PAS, maka PAS akan terus istiqamah dengan Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan,” katanya.

Abdul Hadi berkata, demikian dalam ucapan dasarnya pada majlis perasmian Muktamar Pas ke-60 di Parit Raja, di sini hari ini.

Beliau berkata, tahaluf yang dilaksanakan mestilah memperkuatkan parti dan adalah amat malang sekiranya ia menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan parti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori