SEBUAH patung bersaiz badan sebenar mendiang penyanyi Amy Winehouse telah ditayangkan buat orang awam di Camden, timur London, semalam.
Patung tersebut sempena memperingati ulang tahun kematiannya yang ketiga dan semalam juga merupakan hari lahir ke-31 Amy sekiranya dia masih hidup.
Menurut bapanya, Mitch Winehouse, patung tersebut diletakkan di Camden kerana merasakan anaknya lebih banyak menghabiskan masa di situ sebelum menemui ajalnya.
Kebanyakan peminat penyanyi lagu Rehab itu tidak ketinggalan mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama patung ikon penyanyi kegemaran mereka itu. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: AUDREY LEE