Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Musa Aman Mahu Adun...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta Anggota Dewan Undangan...

MARA Diletak Bawah Kementerian...

KUALA LUMPUR — Kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di...

Rasuah RM5.4 Juta: Pengurus,...

CHUKAI - Seorang pengurus pembangunan perniagaan sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan isterinya...

Gemuk Halang Ramai Belia...

WASHINGTON - Pentagon berhadapan cabaran keselamatan lebih sukar ditangani berbanding cabaran tentera berteknologi...

PBNJ Ambil Pengadil FIFA Latih Remaja Malaysia

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendahului Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha melahirkan pengadil profesional tempatan dengan mendapatkan khidmat pengadil profesional Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) untuk melatih remaja Malaysia.

PBNJ dalam satu kenyataan media memberitahu, kursus pengadilan profesional untuk remaja berusia bawah 16 tahun yang dikendalikan oleh pengadil-pengadil profesional daripada FIFA itu terbukakepada seluruh rakyat Malaysia dan semua kos kursus tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh PBNJ.

“PBNJ mengambil langkah mengadakan kursus pengadilan profesional dan juga kursus pengadilan di peringkat akar umbi dimana pengadil-pengadil profesional FIFA bertaraf antarabangsa akan dijemput untuk mengendalikan kursus tersebut.

“Kursus pengadilan dibawah 16 tahun yang sedang berlangsung secara ketika ini, secara tidak langsung membuka ruang untuk para pengadil remaja ini untuk menjawat tugas untuk liga bawah 9 dan 12 tahun anjuran PBNJ,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut kenyataan itu, pelatih yang telah berjaya dalam kursus pengadilan profesional anjuran PBNJ itu digalakkan supaya memohon kepada FAM untuk menjadikan pengadil bola sepak sebagai karier sepenuh masa.

PBNJ melahirkan keyakinan pelatih terbabit dapat meningkatkan mutu pengadilan bola sepak di negara inidan sekali gus dijemput untuk mengadili kejohanan-kejohanan antarabangsa pada masa depan.

  • Lagi berita berkaitan:
  • FIFA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori