Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiga Lagi Padang Ragut...

IPOH - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak merancang untuk membuka tiga lagi padang...

Tengku Razaleigh Selesai Menghadap...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilihat keluar dari...

PRN Melaka-Mohamad Ali Mohamad...

PETALING JAYA : Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali...

Teknik ‘Couching’ Amat Bahaya...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan rawatan...

PD Akan Dibangun Bandar Pelancongan Berciri Tentera

PORT DICKSON – Port Dickson atau Bandar Tentera Darat akan dibangunkan sebagai bandar pelancongan bercirikan tentera sepenuhnya mengikut fasa demi fasa, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, kerajaan negeri dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyusun banyak perancangan termasuk akan memperkenalkan produk pelancongan baharu untuk tujuan itu.

Katanya, fasa pertama telah dapat dijayakan termasuk pencahayaan sebahagian kawasan itu dengan lampu berwarna-warni, pembinaan pintu gerbang dan pondok bas berimej tentera, sebahagian jalan raya dicat merah dan auditorium Muzium Tertera Darat.

“Ada banyak lagi rancangan yang hendak kita jayakan di Bandar Tentera Darat ini tetapi itu memerlukan pemikiran secara holistik supaya dapat memberi gambaran Bandar Tentera Darat ini merupakan satu bandar yang mana di sinilah lahirnya ramai perajurit dan pahlawan negara.

“Konsep untuk menunjukkan Port Dickson ini bukan saja menjadi lokasi tumpuan tentera, malah akan berubah menjadi bandar pelancongan bercirikan tentera sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan pertunjukkan Tatu Tentera Darat 2014 di padang kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan.


Port Dickson diisytiharkan Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009.

Mohamad berkata kerajaan negeri akan memastikan bandar itu mempunyai ciri ketenteraan dan memastikan ia terus menjadi tarikan pelancong selain sebagai pusat peranginan negara.

“Kita juga sedang mengkaji mewujudkan penginapan ala tentera di berek tentera atau ‘barrack stay’ bagi membolehkan orang ramai merasai sendiri kehidupan sebagai anggota tentera. Kajian itu perlu untuk kita melihat semula mana tempat yang sesuai kerana kem tentera adalah satu kawasan keselamatan,” katanya.

Sementara itu, pelbagai acara menarik diadakan pada pertunjukkan tatu itu seperti pancaragam Pusat Kor Armor Diraja; anjing perang; tempur tanpa senjata; persembahan kepakaran Jurutera Letrik dan Jentera (JLJ) dan artileri.

Pertunjukkan tatu dua hari itu anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama Tentera Darat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori