Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

DAP Marah Perhimpunan Rakyat...

KUALA LUMPUR - DAP mengkritik pihak polis kerana gagal menghalang ratusan peserta baju...

Anak Sara Ibu Bapa...

KUALA LUMPUR - Mulai tahun depan, buat julung kalinya, anak-anak yang menyara ibu...

Kementerian Nafi Henti Pinjaman...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menafikan laporan Astro Awani kononnya kerajaan akan memberhentikan...

Hampir Buta Kerana Tonton...

GARA-GARA menonton drama Korea terlalu lama, seorang gadis berusia 20 tahun di China...

PDRM, Sila Tangkap Ah Beng Yang Biadap Ini

Polis Diraja Malaysia sudah tidak boleh bersabar lagi dengan pihak yang menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter untuk menghina serta menghasut dan mereka akan diambil tindakan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar dalam tweetnya berkata, sudah tiada maaf lagi untuk mereka.

“Tiada maaf lagi kepada sesiapa jua yang menyalahgunakan rangkaian media untuk menghina/mengutuk dan menghasut. Tunggu tindakan PDRM,” katanya dalam twitter sebelum ini.

KPNTweet_1

Kemungkinan pihak polis boleh memburu pemilik Facebook ini yang begitu kurang ajar mencabar polis.

Ini budak sanggup mencabar serta mengugut polis untuk datang dan menahannya.

Dia juga turut mencabar orang Islam untuk makan babi kerana banyak merungut harga daging mahal.

“Melayu, harga makanan u naik, Jadi? Jika daging mahal, beli daging babi kerana rasanya sama. Tidak perlu halal, orang Melayu hanya bising seperti bayi,” kata budak biadap ini dengan nama akaun Facebook Ivan Yeo.

Status biadap itu dimuatnaik olehnya yang juga dipercayai mungkin seorang daripada ahli PPS yang kini ada yang masih diburu oleh polis.

“Anda mahu mayat anda dibungkus dalam beg mayat? Saya tak kisah jika PDRM (polis) menangkap dan mengugut orang kita di Penang (Pulau Pinang) hari ini, kerana JaDee Dee melindungi saya, JaDe Dee tidak boleh dihalang,” kata si mulut kurang ajar, Ah Beng ni.


SiKurangHajar

Tidak diketahui bila status akaun Facebook dia dikemaskini, ada satu komennya yang mencabar sesiapa sahaja yang mahu datang dan menumbuknya, kerana mereka berada di sekitar pusat membeli-belah Queensbay Mall di Pulau Pinang.

Nampaknya si Ah Beng ni begitu yakin dengan kekebalan individu yang bernama JaDee Dee itu yang mungkin juga seorang ahli kongsi gelap yang berpengaruh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar sebelum ini di akaun twitternya mendedahkan beberapa akaun twitter yang digunakan pemiliknya untuk menyerang pihak PDRM dan dirinya sendiri.

KPNTweet_2

Ada juga di antara mereka yang menggelarkan Abdul Khalid sebagai ‘anjing Barisan Nasional (BN)’ di laman sosial itu.

Abdul Khalid turut meminta mereka yang terlibat dengan PPS agar segera menyerah diri kepada polis atau pihak PDRM akan mula menyerbu kediaman. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori