Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Sasar Eksport 30%...

REMBAU - Malaysia menyasar untuk mengeksport sekurang-kurangnya 30 peratus ayam pedaging menjelang 2030.Timbalan...

Malaysia Mempunyai Kapasiti Serap...

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai kapasiti untuk menyerap sebarang kejutan luaran jika ekonomi...

BN Pahang Kekal Utuh...

KUANTAN – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menegaskan Barisan...

Kerajaan Selepas PRU15 Perlu...

KUALA LUMPUR: Kerajaan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) digesa mengamalkan pendirian...

Pecah Amanah: Bekas Eksekutif Akaun Bebas Tuduhan

KUALA LUMPUR – Bekas eksekutif akaun sebuah syarikat mengalirkan air mata kegembiraan selepas Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM620,000 kerana melakukan tujuh kesalahan pecah amanah membabitkan lebih RM600,000.

Hakim, Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Heow Siew Chun, 41, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah pada 12 November 2013.

Sehubungan itu, Amelia melepas dan membebaskan Siew Chun daripada pertuduhan berkenaan.

Dalam penghakimannya, Amelia berkata, selepas meneliti rekod rayuan, mahkamah berpuas hati hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf ketika mensabitkan perayu (Siew Chun).

Pihak pendakwa gagal untuk mengemukakan bukti yang boleh dipercayai dan boleh diterima untuk membuktikan pertuduhan itu,” katanya dan menambah hakim juga telah terkhilaf apabila memerintahkan perayu membela diri terhadap kesnya itu.


Siew Chun dijatuhi hukuman penjara berjumlah 42 tahun dan didenda RM620,000 atau penjara 62 bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah.

Dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dan hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak iaitu tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun.

Tertuduh didakwa pecah amanah wang tunai RM644,664.86 milik syarikat pemasangan bumbung, Atapan Ace Sdn Bhd di syarikat itu di Taman Taynton, Cheras di sini antara Disember 2004 dan Disember 2011.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt manakala peguam Gooi Soon Seng mewakili Heow. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori