GEORGETOWN – Seorang pekerja binaan rakyat Bangladesh maut selepas terjatuh dari bangunan di Batu Maung dekat sini hari ini.
Lelaki yang dikenali sebagai Norayanganh, 27, dikatakan terjatuh dari tingkat 15 dan mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat 10 bangunan yang sedang dalam pembinaan itu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Lai Fah Hin berkata, mangsa dilapor tergelincir dan terjatuh ketika memasang bingkai tingkap pada 2.30 petang.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat, katanya. – BERNAMA