Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Isteri Awie Mengaku...

BEKAS isteri vokalis kumpulan Wing, Awie iaitu Rozana Misbun mengaku pernah mendapatkan khidmat pengamal perubatan wanita atau bomoh bernama Maksu semasa mereka masih tinggal bersama.

Shahril Lapor Diri Sebagai...

KUALA LUMPUR - Datuk Shahril Ridza Ridzuan hari ini memulakan tugasnya sebagai Pengarah...

Perkasa 3E Dalam Usaha...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan terus fokus dalam memperkasakan pendekatan 3E (Engineering, Enforcement dan...

Jadi Bahan Ketawa Di...

PENYANYI dangdut era 90-an, Sheeda yang tersingkir dari program Gegar Vaganza (GV2) Ahad...

Pekerja Kilang Ke-6 Maut Akibat Leukemia, Cetus Perdebatan

CHINA – Seorang pekerja kilang menghasilkan barangan elektrik untuk syarikat terkenal termasuk telefon pintar iPhones, meninggal dunia akibat kanser, beberapa hari selepas ibunya merayu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook supaya membantu menyelamatkan nyawa anaknya itu.

Yi Long meninggal dunia akibat leukemia dan merupakan pekerja kilang berkenaan yang keenam, yang meninggal dunia selepas jatuh sakit di kompleks kilang yang terletak di Shenzhen, lapor Mail Online.

Pemuda itu koma lima hari lalu dan dibawa ke hospital berhampiran kilang tersebut, namun dimaklumkan oleh doktor bahawa harapannya untuk sembuh adalah tipis.

Yi, meninggal dunia di rumahnya di Hunan pada Jumaat dan dikebumikan semalam, yang jatuh pada hari jadinya yang ke-26.

Menurut Mail Online, kira-kira 13 pekerja kilang berkenaan yang berusia dalam 20-an menghidap leukaemia sejak 2010. Lima daripada mereka sudah meninggal dunia.


Keluarga dan kesatuan sekerja percaya bahan kimia yang digunakan dalam proses membuat barangan berkenaan telah menyebabkan leukemia.

Yi disahkan menghidap kanser itu pada 2010, iaitu selepas 20 bulan berkhidmat di kilang terbabit.

Pada 2012, ibunya, Cheng Fuying mengadakan bantahan di luar kilang berkenaan bersama mangsa dan keluarga pekerja lain yang menghidap kanser tersebut namun mereka diugut akan ditangkap jika tidak beredar dari itu.

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori