TAHNIAH diucapkan buat pelakon MIG, Mon Ryanti atau nama sebenarnya Haryanti Muhammad Sahudina Lee, 26, yang telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Hasrul Ali, 26, pada hujung minggu lalu.
Pasangan ini telah diraikan di rumah keluarga Mon Ryanti yang terletak di Taman Universiti, Johor Bahru.
Mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Sultan Abu Bakar, Datuk Mahat Mohd Said di Dewan Sangkar Kristal, Driving Range Golf Club, Jalan Pasir Pelangi dengan mas kahwin RM515.15 dan hantaran RM20,000.
Tahniah diucapkan buat Mon Ryanti dan suami, semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: AUDREY LEE