BEKAS pelakon aksi lagak ngeri drama aksi ‘Power Rangers’ dan ‘Kamen Riders’ diberkas dalam satu cubaan rompakan di Jepun baru-baru ini.
Yasutomo Ihara, 32, adalah pelakon yang memakai pakaian kedua-kedua adiwira itu dalam drama berkenaan.
Namun di sebalik ketangkasannya dalam drama itu, Ihara juga menggunakan ‘skil’ yang sama untuk memecah masuk lebih 40 buah rumah dan melarikan pelbagai barangan berharga lebih RM200,000.
Ihara telah bersara dalam dunia aksi lagak ngeri lima tahun lepas setelah mengalami kecederaan di lututnya.
Dia mengaku melakukan jenayah itu kerana kesempitan wang untuk menubuhkan sebuah sekolah lakonan di negeri matahari terbit itu.
Macam-macam hal…- Mynewshub.my