Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Eira Syazira Bakal Berpindah...

SELEPAS tiga tahun menangguh tawaran dari syarikat pengurusan artis Indonesia untuk berhijrah ke...

KJ Yakin Sasaran 8...

KOTA KINABALU - Kemenangan luar jangka emas pertama negara menerusi acara wushu pada...

Mahu Buka Pintu Masuk,...

PUTRAJAYA - Kerajaan Johor perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) sekiranya ingin...

Pendapatan LGE Paling Tinggi...

HEBAT... Lim Guan Eng mendahului 47 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dalam senarai...

Pelancong Hong Kong Kempunan Nak Makan ‘Musang King’

KISAH ini terjadi pada seorang pelancong Hong Kong, Stomper Ho yang teringin untuk menikmati keenakkan durian Musang King berakhir dengan kekecewaan apabila ia ditipu ketika kunjungannya ke Singapura.

Kisahnya bermula apabila Ho yang berkunjung ke negara itu pada 25 sehingga 29 Ogos lalu dikatakan telah pergi ke Bugis Street untuk mendapatkan buah tersebut.

Peniaga durian itu pada mulanya menawarkan durian ‘Musang King’ dengan harga SGD 25 (RM 64) sekilogram .

Bagaimanapun, selepas mengetahui bahawa Ho mencari dengan kuantiti yang banyak, peniaga muda itu menawarkan kepadanya beberapa kotak durian ‘Musang King’ yang belum dibuka dengan harga SGD 75 (RM 190).

Walaupun ragu-ragu dengan keaslian durian ‘Musang King’, peniaga itu terus meyakinkan Ho tentang keaslian buah itu menyebabkan dia membeli sebanyak empat kotak.


Bagaimanapun, ketika pulang dan ingin menikmati raja buah itu, Ho menyedari dia di tipu. Ini kerana, walupun setiap ulas durian itu kelihatan besar, namun isinya terlalu nipis.

“Bijinya sebesar telur angsa namun isinya sangat nipis!” katanya memetik laporan portal berita Singapura, Stomp.com

Tidak berpuasa hati, Ho cuba mencari lebih banyak maklumat tentang Musang King dengan membandingkan dengan durian lain. Ternyata ia ditipu! :-MYNEWSHUB.CC

Oleh:- SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori