Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anjing Setia Temani Tuannya...

Pencinta kucing, anjing dan kuda tentu tahu antara ciri haiwan ini adalah setia...

Bayi Lelaki Usia 6...

TUMPAT - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang juga anak kepada artis...

Keputusan Peperiksaan PT3 Diumumkan...

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diumumkan di seluruh negara...

Wanita Maut Dirempuh Lori...

PARIT BUNTAR - Seorang wanita maut dirempuh sebuah lori di hadapan premis memproses...

Pelancong Perancis Hilang Di Pulau Tioman

JIKA sebelum ini Pulau Tioman kecoh dengan kisah pembunuhan seorang gadis warga Perancis, hari ini dilaporkan lagi tentang kehilangan seorang lagi pelancong warganegara yang sama.

Mangsa, Jerome Philippe Laurent, 24, dipercayai hilang kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Kehilangan Jerome disedari rakannya apabila beliau tidak pulang ke chalet selepas keluar melakukan aktiviti air berhampiran Berjaya Resort Tioman.

Rakannya melaporkan kehilangan mangsa di Balai Polis Tioman untuk tindakan susulan.


Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata usaha mencari mangsa sedang giat dilaksanakan sejak dia dilaporkan hilang dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan orang kampung.

Semoga Jerome ditemui selamat secepat mungkin :- MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori