Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Pembantu Kedai Dituduh Bunuh...

IPOH: Seorang pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas...

Sidang Akhbar Khas PM...

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengadakan sidang...

Enggan Susukan Bayi Kerana...

MEXICO – Kejam, tidak berhati perut, tidak berperikemanusian. Banyak lagi perkataan buruk yang...

Kerja Ukur Tanah Rizab...

PUTRAJAYA - Kerja-kerja pengukuran tanah rizab masyarakat Orang Asli akan diselesaikan pada penghujung...

Pelanggan Singapura – ‘Tak Mahu Budaya Makanan Kotor China’

SUDAH menjadi kebiasaan untuk kebanyakan rakyat Singapura mengaitkan warga China dalam setiap aduan mereka di laman sosial.

Terbaru menerusi The Real Singapore, seorang pelanggan terkejut apabila menemui sekeping duit syiling bernilai satu dolar dalam mangkuk laksanya.

Dia kemudian memberitahu perkara itu kepada seorang pekerja yang dipercayai warga China.

Bagaimanapun, pekerja tersebut berkata, dia ‘bertuah’ kerana menemui duit dalam makanan.

“Pekerja itu sepatutnya bersikap lebih serius. Saya percaya perkara seperti ini sangat normal di China, tapi ini bukan China.

“Singapura perlu mempunyai tahap makanan yang lebih tinggi dari China dan saya tak mahu budaya makanan kotor mereka dibawa ke negara ini!” tegasnya.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu menuntut kerugian, namun lebih mementingkan kebersihan.


“Berapa ramai orang sudah menyentuh duit syiling itu dan berapa banyak kuman yang terdapat padanya?” soalnya.

Namun, soalan kami pula, benarkah pekerja itu merupakan warga China?

Nanti tak pasal-pasal tersilap tuduh pula seperti kes berak di stesen MRT Singapura sebelum ini…

(BACA: Wanita ‘Melepas’ Di Stesen MRT Rakyat Singapura, Bukan China)

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori