Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

TKB Memperkasa Agenda Bumiputera,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands...

SIMPANG PULAI - Laluan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di Seksyen 44 selamat...

Blinken Di Israel Untuk...

TEl AVIV ā€“ Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken semalam berada di...

Korea Selatan Haram Kopi...

TEGAS... Korea Selatan mengharamkan penjualan kopi di sekolah-sekolah di merata negara itu dalam...

Pembangkang Di Selangor Gagal Tiru Persefahaman Politik BN

KUALA LUMPUR – Pembangkang di Selangor gagal mencapai dan meniru persefahaman politik serta ikatan kekeluargaan yang terjalin dalam Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pembangkang cuba tiru BN tapi sehari dua ini kita lihat di Selangor terutama sekali, berkecai persefahaman politik yang mereka cuba (buat) di antara tiga parti.

“Kita ada 13 (parti komponen BN) selain rakan-rakan BN tetapi kita lebihberjaya sebagai satu ikatan kerana kita ikhlas untuk capai cita-cita bersama dan percaya kepada perkongsian kuasa,” katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Keenam Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putraƃā€šĆ‚Ā  di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Datuk R.S. Thanenthiran, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin parti komponen lain BN.

Najib menarik perhatian bahawa selaku Pengerusi BN, beliau perlu berlaku adil kepada ‘anak-anak’ di dalam gabungan itu dan memberi pertimbangan kepada semua pihak dalam membuat sebarang keputusan.

Beliau berkata BN perlu tampil bersifat inklusif dalam politik kerana ia sebuah parti yang memimpin sebuah negara terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kepercayaan dan budaya.

“Kita perlu kepada sokongan segenap lapisan masyarakat yang ada di negara kita. Pada kesudahannya, seperti yang sedia maklum, politik hanyalah tentang angka. Mana-mana pihak yang dapat ramai majoriti, akan dapat tubuhkan kerajaan dan berkuasa.

“(Kerana itu) struktur BN beri kelonggaran, walaupun ingin menjadi anggota BN, kita perlu kepada sokongan semua parti komponen (dalam BN). Tetapi kita tidak menghalang malah galakkan kumpulan yang ingin membentuk parti politik masing-masing (untuk sokong BN),” katanya.


Dengan cara itu, keluarga BN dapat dikembangkan, kata Najib.

Najib menjelaskan walaupun ada sedikit cabaran dalam membentuk struktur itu,apa yang penting ialah kalangan parti komponen memberi sokongan kepada calon BN.

Perdana menteri berkata walaupun pembangkang menabur fitnah melalui media sosial dan ceramah politik mengenai BN, apa yang dilakukan itu tidak menjadikan mereka lebih baik daripada BN.

Sebaliknya, kata beliau BN menjadi alternatif dan lebih diyakini berbanding pembangkang dan ini dapat disaksikan daripada sokongan mereka terhadap pelbagai program transformasi dan ekonomi kerajaan.

“Walaupun ada pilihan (memilih kerajaan), tetapi berhati-hatilah kerana barang tiruan tidak lebih baik daripada barang asli dan tulen. Tulen lebih baik daripada tiruan…sebab itu kita mesti sokong BN,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa kestabilan politik dan keyakinan rakyat adalah kunci utama bagi Malaysia melangkah ke arah mencapai status negara maju.

Kestabilan politik akan menjamin keyakinan berterusan dalam kalangan dunia luar termasuk pelabur dan pemain industri kewangan dan rakyat sendiri terhadap negara.

“Sebab itu selaku Pengerusi BN, saya ajukan bahawa kestabilan politik adalah sesuatu yang pokok dan fundamental untuk kita melihat masa depan lebih cerah,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori