Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Badan Kehakiman Mesti Terpisah...

KUALA LUMPUR – Badan Kehakiman adalah komponen penting, walaupun bukan satu-satunya dalam sistem...

Kabinet Baru Najib: Senarai...

DALAM satu sidang media mengejut sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

Ular, Beruk Antara 10,000...

KUALA LUMPUR - Pendaftaran 10,000 haiwan peliharaan di negara ini adalah bukti rakyat...

Iklan Raya SMG Benar-Benar...

SYAWAL datang lagi! Maka dengan itu iklan hari raya dengan pelbagai tema disajikan...

Pembinaan Semula Gaza Memerlukan AS$7.7 Bilion

RAMALLAH – Pembangunan semula Semenanjung Gaza yang musnah sepanjang tempoh 50 hari peperangan dengan Israel akan menelan belanja AS$7.7 bilion (6 bilion euro), demikian menurut pakar Palestin dalam laporan hari ini.

Majlis Ekonomi Palestin bagi Pembangunan dan Pembinaan Semula Palestin yang turut bertanggungjawab dalam melaksanakan projek di bawah pembiayaan dan derma asing berkata, proses pembinaan semula Gaza akan mengambil masa lima tahun.

Malah, kecepatan proses itu bergantung sekiranya Israel sedia melepaskan semua sekatan terhadap seluruh Gaza.

Sejak 2006, Gaza dikenakan sekatan, termasuk larangan kemasukan bahan pembinaan yang dikatakan akan digunakan oleh militan untuk membina terowong dan mendirikan kubu.

Mengikut gencatan senjata yang dimeterai di Kaherah, Mesir, baru-baru ini, semua larangan berkenaan sepatutnya ditarik balik namun setakat ini tiada barangan dilepaskan menerusi pintu sempadan Gaza dengan Israel.


Konflik baru-baru ini menyebabkan lebih 2,140 penduduk Gaza terkorban, memusnahkan ribuan rumah dan merosakkan loji jana kuasa elektrik dan puluhan kilang.

Antara 1.8 juta hingga 2.2 juta tan sisa akibat kerosakan bangunan dan kediaman mungkin boleh digunakan untuk menambak laut, demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh 13 pakar Palestin berkenaan.

Satu persidangan mengenai derma dan pembiayaan antarabangsa dijadual diadakan di Gaza, hujung bulan ini sama ada di Mesir atau Norway. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • Gaza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori