Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

1,894 Produk Makanan Kena...

IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menyita 1,894 produk makanan yang bernilai...

iPhone Dalam Air? Tidak...

LITEPROOF mempelopori industri casing tahan lasak untuk iPhone sejak tahun 2012 selepas ia...

Modric Tamatkan Era Ronaldo,...

LONDON - Luka Modric menamatkan dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi apabila dinobat...

Program Pengurusan Kewangan Untuk...

PUTRAJAYA - Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan program pengurusan kewangan untuk atlet...

Pemuda PAS Minta PKR, DAP Akur Pilihan Sultan

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menerima siapa sahaja Menteri Besar Selangor yang akan dilantik oleh Sultan Sharaffudin Idris Shah.

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, rakyat semakin bosan dengan krisis jawatan Menteri Besar Selangor yang telah berlarutan terlalu lama.

“Saya nasihatkan PKR dan DAP untuk akur sahaja dahulu dengan siapa yang Sultan lantik sebagai Menteri Besar selagi ia dari pakatan.

“Pulihkan kembali muafakat kita. Kembali ke meja rundingan. Susun kembali strategi untuk menguasai suasana politik yang berkecamuk ini. Kembalikan kestabilan politik Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Suhaizan berkata, krisis Menteri Besar Selangor semakin besar kerana Sultan Selangor telah murka kepada PKR dan DAP.

Menurutnya, tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana mahu mengelak perkara itu.

“Mungkin ini yang berada di pemikiran Presiden PAS dari awal. Mengelakkan pertembungan dengan istana kerana PAS adalah sebuah parti yang amat dekat dengan orang melayu,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori