Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Thailand Nafi Tahanan...

SUNGAI GOLOK - Polis Thailand menegaskan penangkapan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis...

Kualiti Udara Kekal Baik...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara kekal baik...

Pentagon Sahkan Pemimpin Al-Qaeda...

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan serangan udaranya bulan lalu berjaya membunuh...

Sambutan Tahun Baharu Kali...

KUALA LUMPUR - Berbaki sehari lagi menjelang tahun baharu 2021, antara momen paling dinantikan rakyat...

Pemuda PAS Sambut Baik Azmin MB Selangor

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menerima keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang mahu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar negeri itu.

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, DPPM berharap perlantikan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu itu menutup krisis jawatan tersebut yang disifatkan sebagai cukup meletihkan.

“Tahniah Mohamed Azmin diatas perlantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.  Semoga sentiasa dalam pertolongan Allah S.W.T menggalas amanah berat di negeri termaju dalam Malaysia ini.

“Pemuda PAS berharap agenda kebajikan anak muda diberi perhatian serius di bawah pentadbiran beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Istana Selangor hari ini mengumumkan Sultan Sharafuddin berkenan melantik Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor berbanding calon pilihan PKR dan DAP iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Izmail.

Wan Azizah dalam satu kenyataan malam ini pula mengumumkan PKR akur dengan keputusan tersebut dan menarik diri sebagai salah seorang calon untuk mengisi jawatan itu.

Beliau turut memaklumkan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat hari ini sebulat suara bersetuju Mohamed Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.  – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori