Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pemuda PAS Berdiri Teguh...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Johor Bahru menegaskan berdiri teguh di...

PAC: Pembohongan Guan Eng...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Menteri...

Penganggur Mengaku Tak Bersalah...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Jauhi Aktiviti Air, Laut...

ROMPIN - Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihatkan masyarakat supaya...

Beri Sokongan Penuh Untuk Calon BN Pengkalan Kubor

TUMPAT – Pergerakan Pemuda Umno memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, 25 Sept ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pemuda Umno tidak seharusnya patah semangat apabila Ketua Pemuda Umno Bahagian Tumpat Rosidi Kamarudin Mahmod tidak dipilih sebagai calon PRK itu.

“Kita sokong siapa yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti,” katanya semasa berucap melancarkan skuad pemuda bermotosikal di perhentian bas Tumpat di sini, hari ini.

Turut hadir Rosidi yang sebelum ini disebut-sebut antara mereka yang layak bertanding pada PRK itu.

Mat Razi, 48, bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47.

PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.


Khairy berkata mulai hari ini jentera pemuda mesti bekerja kuat sehingga ke hari pengundian bukan sahaja setakat untuk menang sahaja tetapi mahu kemenangan dengan mendapat majoriti yang lebih besar.

Beliau berkata undi dari golongan muda boleh menjadi penentu kemenangan disebabkan 45 peratus daripada jumlah pengundi di kawasan itu terdiri daripada golongan muda.

Sejumlah 24,039 pemilih berdaftar terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara (PTH) layak mengundi pada PRK itu.

Katanya pemuda mesti menjadi benteng di hadapan untuk menghadapi parti lawan termasuk penyebaran fitnah sepanjang kempen seperti tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori