Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

AKPK Bantu Peminjam Urus...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Agensi Kaunseling dan...

Gaji Jemaah Menteri Dikurangkan...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan gaji jemaah...

Pemuda Kongsi Kisah Kebaikan...

TINDAKAN murni seorang individu yang tidak dikenali telah menyelamatkan kereta seorang pemuda daripada...

Bocor! Aplikasi Mobil Paling...

BERITA hangat buat pelajar-pelajar sekolah! Satu aplikasi mobil yang bakal muncul pada awal...

Pemuda Umno Perjelas Isu Royalti, GST

MELAKA – Isu royalti petroleum serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan dua isu penting yang akan diperjelaskan Pemuda Umno dalam kempen PRK Pengkalan Kubor di Kelantan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, isu tersebut perlu diperjelas dengan terperinci bagi mengelakkan pengundi di kawasan itu salah faham dan terpedaya dengan fitnah yang dihambur pembangkang.

“Rakyat Kelantan sering dimomokkan dengan isu ini bagi menarik sokongan mereka malah ada lagi yang beranggapan dengan GST barangan akan naik harga,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Fit Malaysia di Dataran Pahlawan di sini hari ini.

Pada PRK itu, calon BN, Mat Razi Mat Ail akan ditentang calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.


PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Khairy berkata, pergerakan itu akan mengatur ceramah berkelompok di setiap pusat daerah mengundi dan tidak akan mengadakan ceramah secara besar-besaran bagi memastikan mesej daripada BN disampaikan dengan lebih berkesan.

“Ceramah besar yang dibuat sebelum ini tidak begitu berkesan kerana rakyat tidak betul faham, ceramah berkelompok ini kita boleh terangkan secara terus dan dengan lebih teliti malah boleh menjawab segala persoalan dikemukakan dengan lebih baik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori