Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PFAM Sampai Sumbangan Kepada...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini menyampaikan...

Perkhidmatan Feri P.Pinang Semakin...

GEORGE TOWN - Ramai pengguna berpendapat perkhidmatan feri di negeri ini semakin mengecewakan...

Ketua Penolong Pengarah ICU,...

ALOR SETAR - Seorang wanita berusia 41 tahun yang merupakan Ketua Penolong Pengarah...

Kembalikan Pendekatan Sederhana Islam...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh dunia perlu mengembalikan pendekatan sederhana Islam...

Pencipta Bendera MCA Meninggal Dunia

GEORGETOWN – Seorang lagi pencipta bendera MCA, Kean Chai Seng, meninggal dunia di sebuah rumah perlindungan untuk warga emas di Bayan Baru di sini kelmarin.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Chai Seng, 90, juga adalah anggota veteran yang sanggup berjuang dan berkorban untuk parti.

“Chai Seng dan mendiang Mok Yuen telah mencipta bendera parti dan menganggotai MCA lebih 65 tahun,” katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bersama pemimpin MCA negeri yang lain di Batu Gantung semalam.

Terdahulu, Tiong Lai dan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun membalut keranda Chai Seng dengan bendera parti sebagai tanda penghormatan.


Sahabat karib mendiang, Mok Shau Pin, 57, berkata beliau dimaklum oleh seorang rakan bahawa Chai Seng meninggal dunia kerana sakit tua pada kira-kira 6.20 petang.

Chai Seng yang sudah berpisah dengan isterinya, meninggalkan tiga anak yang kini menetap di seberang laut.

Upacara pembakaran mayat mendiang akan berlangsung di Krematorium Mount Erskine pada Isnin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori