Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tokan Wanita ‘Sangkut’ Bawa...

SERDANG - Tindakan seorang tokan wanita menyembunyikan 50 ketulan mampat ganja dalam guni...

Jadual Makin Padat, Wany...

MAKIN lama, makin banyak rezeki datang kepada penyanyi lagu Menahan Rindu, yang kini dikatakan...

1 Maut, 4 Parah...

BESUT - Seorang terbunuh dan empat yang lain cedera parah apabila Proton Wira...

Kes Hasutan Rahim Thamby...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 5 Jan depan...

Pendakwaan Ke Atas Azmi Tidak Adil – AMK

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah pendakwaan yang dikenakan ke atas Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Azmi Sharom di bawah Akta Hasutan 1948.

Timbalan Ketuanya, Dr. Afif Bahardin mendakwa, pendakwaan itu satu pencabulan terhadap prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan akademik.

“AMK berpendirian adalah tidak adil untuk mendakwa beliau hanya kerana beliau mengutarakan pendapat dan pandangan di atas kapasiti sebagai seorang pensyarah undang-undang,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Afif mencabar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan pendirianbeliau terhadap pendakwaan ke atas Azmi.


“Apakah Pemuda UMNO merestui tindakan yang mengekang percambahan idea dan wacana intelektual itu?,” kata beliau.

Azmi menghadapi tuduhan menghasut di Mahkamah kelmarin berhubung kenyataannya tentang krisis Perlembagaan Perak.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut membantah pendakwaan ke atas Azmi dengan mendakwa perkara itu menunjukkan tiada lagi penghormatan ke atas undang-undang negara ini.

“Adakah masih keadilan untuk semua sedangkan pensyarah undang-undang boleh dipenjarakan kerana memberi pandangan akademik mereka,” dakwanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori