Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pahang Cuti 30, 31...

KUANTAN - Pahang memutuskan 30 dan 31 Julai ini sebagai hari kelepasan am...

Waspada Individu Menyamar Sebagai...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengingatkan semua kontraktor berwaspada...

Rakyat Semakin Faham Mengenai...

GEORGE TOWN - Penerimaan orang ramai terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kini...

TNB Sasar Tanam 11,000...

KUANTAN - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasar untuk menanam 11,000 anak pokok di...

Pendekatan Baharu Pengajaran & Pembelajaran Agama Islam

KAJANG – Guru perlu memikirkan semula pendekatan baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutama bagi subjek agama Islam bagi menarik minat dan meninggalkan kesan positif kepada sikap serta rohani pelajar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata para guru perlu sentiasa membuat refleksi mengenai kekuatan dan kelemahan diri, mengkaji perubahan luar serta kehendak dan nilai masyarakat yang sentiasa berubah.

“Perubahan dalam kurikulum pendidikan Islam memerlukan guru untuk melihat kembali amalan bilik darjah yang sesuai serta relevan dengan ciri-ciri dan situasi baharu pelajar serta melengkapkan diri dengan strategi PdP di dalam bilik darjah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian pada majlis penutup Multaqa (perhimpunan) Pengetua dan Guru Besar Institut Pendidikan Agama (IPA) di sini pada Khamis.

Muhyiddin berkata proses PdP yang bersifat tradisional perlu diubah ke arah lebih berorientasikan masa hadapan dan bersifat dinamik.

Langkah itu perlu untuk mendorong murid belajar, bersikap intuitif, terlibat secara langsung dan mencabar daya keintelektualan, yang hasilnya akan dapat memartabatkan agama Islam itu sendiri ke tahap yang lebih tinggi, katanya.

Muhyiddin berkata menyedari kepentingan bahasa Arab dalam pendidikan agama, kementerian sedang berusaha untuk mengambil guru penutur jati bahasa Arab bertujuan membantu proses PdP secara kolaboratif bersama guru bahasa Arab sedia ada, dalam masa sama memberi latihan secara bimbingan kepada guru dan murid.

“Ini adalah suatu langkah besar dalam kita mengangkat dan mengiktiraf pendidikan agama Islam di negara ini,” katanya.


Kementerian juga mengorak langkah dengan mengiktiraf bidang agama dan tahfiz menjadi kurikulum kebangsaan dengan melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) di sekolah-sekolah agama mulai 2015.

Beliau berkata itu adalah transformasi dalam pendidikan Islam kerana subjek dalam KBD dan KBT akan diajar menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dan akan mula dinilai dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2019.

Sehingga kini sejumlah 57 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diwujudkan di seluruh negara dan jumlah itu akan bertambah kepada 77, menjelang 2025 selaras matlamat ditetapkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Pada majlis itu Muhyiddin turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama KPM 2014.

Beliau turut menyeru para peserta Multaqa untuk merebut peluang sepanjang program itu untuk meningkatkan kemampuan diri, bertukar fikiran mencari idea dan pemikiran baharu bagi mengangkat prestasi sekolah masing-masing.

“Sebagai pemimpin di sekolah gunalah peluang yang ada untuk membimbing guru. Jadilah pencetus kepada perubahan, bantu mereka untuk lebih yakin dan cemerlang, bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan demi masa depan anak bangsa dan agama,” katanya.

Multaqa tiga hari yang bertemakan ‘Transformasi Bermula Dari Dalam Bilik Darjah’ menghimpunkan 361 peserta terdiri daripada pengetua dan guru besar SMKA dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan serta pegawai sektor pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri dan pegawai bahagian-bahagian KPM. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • islam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori