Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kren Tumbang Di Titiwangsa,...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu bas berdepan pengalaman ngeri apabila sebuah kren dari...

Wanita Kemboja Maut Digilis...

KUANTAN - Seorang wanita warga Kemboja maut akibat digilis sebuah lori membawa muatan...

Calon BN Jawab Soal...

TUMPAT - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan...

Wanita Dirogol, Dipukul Sebab...

MIAMI - Seorang lelaki diberkas selepas merogol dan memukul teman wanitanya hampir dua...

Penduduk Kampung Gempar Temui Coli Milik Pontianak

Penduduk sebuah kampung di Klaten, daerah Jawa Tengah ini gempar apabila menemui 18 coli tersidai di ampaian belakang rumah seorang penduduk kelmarin.

Ketua polis daerah itu, Suginoto berkata, pihaknya akan menyiasat dan menjejaki pemilik pakaian dalam itu.

(BACA – Suami Isteri Gaduh Pasal Seluar Dalam Sampai Naik Court – KLIK)

“Kami sudah menerima laporan dan sudah mengambil coli itu untuk menjalankan siasatan. Kami juga ingin tahu motif orang yang meletakkan coli itu di rumah berkenaan,” katanya seperti yang dipetik akhbar tempatan, Jateng Pos.

Polis mengambil coli berkenaan bagi memastikan tidak ada perkara buruk berlaku. Selain itu, beberapa kenyataan daripada penduduk juga diambil.

Penemuan coli itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan kerana khabar angin mendakwa ia milik puntianak dikenali Wewe Gombel. Wewe Gombel biasanya digambarkan dengan susuk wanita tua kerepot  dengan payudara yang terlihat panjang dan menggantung.

pontianak wewel gombel

Seorang penduduk, Eko, 22, yang tinggal di rumah sebelah tempat coli itu ditemui berkata, sebelum ini, 17 coli bersaiz besar ditemui di tempat sama.

“Ini kejadian kedua. Sebelum ini pernah berlaku. Dulu jumlahnya 17 dan saiznya juga besar. Penduduk membakar semuanya,” kata Eko.

Menurutnya, coli itu berada di ampaian jirannya secara tiba-tiba.


“Ada penduduk mendakwa melihat wanita tua, berkuku dan berambut panjang di kawasan itu,” katanya.

Cerita penemuan coli itu tersebar begitu pantas, termasuk ke kampung berhampiran menyebabkan ramai yang datang ke rumah terbabit untuk melihat sendiri coli yang tergantung itu.

coli pontianak

Pada mulanya, 18 helai coli yang ditemui tetapi ketika polis tiba, jumlah berkurangan kepada 17. “Mungkin ada yang datang untuk melihat lalu mengambil sehelai coli itu,” kata Eko.

Menurut cerita, mitos pontianak yang dimaksudkan dikenali sebagai Wewe Gombel. Cerita makhluk itu direka bagi menakut-nakutkan anak-anak agar mereka tidak berkeliaran pada  waktu malam. Ini kerana pada masa lalu, keadaan di kampung gelap gulita dan berbahaya kerana haiwan buas mmemasuki kawasan perkampungan waktu malam.

. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIME BUSTERZ

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori