Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sindiket Curi Binatang Korban...

KOTA BHARU - Sindiket mencuri lembu dan kambing untuk dijual sebagai binatang korban...

Roller Coaster Terkeluar Rel,...

SEPULUH mangsa dilaporkan cedera apabila beberapa gerabak roller coaster yang dinaiki di sebuah...

Ahli Parlimen Isi Borang...

KUALA LUMPUR - Ahli parlimen yang mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin...

Harga Tiket Sukan SEA...

KUALA LUMPUR - Harga tiket Sukan SEA harus berpatutan bagi menarik lebih ramai...

Penduduk Luar Bandar Perlu Punyai Daya Saing Tinggi

ALOR GAJAH – Penduduk luar bandar perlu mempunyai daya saing yang tinggi bagi memastikan mereka mampu meningkatkan taraf ekonomi diri, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata dengan mempunyai daya saing tinggi penduduk luar bandar mempunyai peluang yang luas untuk maju terutamanya dalam sektor ekonomi seperti peruncitan, pengangkutan dan pelancongan.

“Sektor ekonomi seperti ini amat berpotensi dimajukan di luar bandar dan kita tidak boleh hanya bergantung kepada sektor ekonomi tradisi di luar bandar seperti pertanian dan perladangan.

“Kemajuan sesuatu kawasan luar bandar itu tidak seharusnya diukur dengan pembangunan prasarana semata-mata tetapi perlu juga diukur dengan bertapa majunya diri penduduk itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Alor Gajah di Selandar di sini hari ini.

Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata seorang penduduk bandar yang maju dalam bidang ekonomi akan menyumbang kepada penduduk kawasannya seperti mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menambah peluang perniagaan di kawasan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori