Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PPIM – Ketatkan Kemasukan...

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru agar Kementerian Pendidikan (KPM) dan pengurusan institusi...

1 Hingga 3 Bulan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu tempoh masa purata yang diperlukan Kabinet...

Sabri Yunus Paten Nama...

FENOMENA yang dilalui telefilem Pok Ya Cong Codei menyaksikan orang ramai mula menumpang...

Infografik Palsu Fitnah Ketua...

GEORGETOWN - Satu laporan polis dibuat terhadap infografik yang didakwa mengandungi kenyataan berbaur...

Penduduk Terharu TPM Sudi Bertandang Ke Rumah Mereka

TUMPAT – “Kami hanya mampu ucapkan ‘Terima Kasih’ sebab dia (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) sudi berkunjung ke rumah buruk kami. Memang dia seorang pemimpin yang baik dan kami sekeluarga sentiasa menyokong BN”.

Itulah yang diungkapkan Nik Yusof Nik Hassan, 73, yang jelas gembira dan terharu dengan kunjungan Timbalan Perdana Menteri ke rumahnya di Kampung Tujoh di sini, hari ini.

Beliau berkata dia dan isterinya Fauziah Hussin, 65, seharian membersihkan halaman dan bahagian dalam rumah apabila tahu yang Timbalan Perdana Menteri akan melawat rumah mereka.

“Saya dapat tahu mengenai perkara ini semalam (Ahad), ada orang beritahu saya tentang lawatan TPM… kami buat persiapan macam nak raya bila dapat tahu yang TPM ingin datang ke rumah kami,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Muhyiddin.

Ibu tunggal Patmah Salleh, 61, berkata kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke rumahnya adalah satu pengalaman yang menakjubkan dalam hidupnya.

“Tak pernah lagi ada pemimpin negara datang ke rumah saya, ini kali pertama dan saya amat gembira dengan kehadirannya.

“Saya terkejut dan terharu la… memang susah nak dapat peluang macam ini, biasanya saya tengok dia (Muhyiddin) dalam televisyen sahaja,” katanya.


Timbalan Perdana Menteri hari ini hadir ke Pengkalan Kubor buat kali keenam sebagai rangka lawatan untuk menghadapi PRK Dun Pengkalan Kubor, Khamis ini.

Muhyiddin memulakan lawatannya dengan melawat dua buah rumah di Kampung Tujoh sebelum ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat bagi merasmikan Majlis Anugerah Pengiktirafan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Beliau kemudiannya beramah mesra dengan anggota Sahabat AIM sekitar Tumpat sebelum pulang ke ibu negara.

PRK Dun Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar daripada BN pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori