Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penganggur Didakwa Tipu Tiket...

PETALING JAYA - Seorang penganggur lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling...

3 Maut Kemalangan Di...

KEMAMAN - Tiga maut setelah dirempuh sebuah kenderaan ketika menunggu bantuan kecemasan setelah...

Kasih Ramadan: TH, UMNO...

SHAH ALAM - Yayasan Tabung Haji (TH) dan UMNO memperuntukkan RM15 juta untuk...

Tahukah Anda… Mangsa Banjir...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan peningkatan jumlah...

Penerbangan Sulung Firefly JB-Ipoh Hari Ini

IPOH – Syarikat penerbangan komuniti tempatan, Firefly Sdn Bhd hari ini membuat penerbangan sulung dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor ke Lapangan Terbang Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata penerbangan ini adalah laluan kedua selepas laluan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura ke LTSAS yang mula beroperasi pada tahun 2009.

“Penerbangan Firefly ke Ipoh adalah empat kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad dan mengambil masa selama satu jam 25 minit,” katanya kepada pemberita selepas menyambut penerbangan pertama Firefly dari Johor Baharu itu yang tiba di Ipoh pada jam 11.45 pagi.

Menurutnya lagi, pada tahun ini kerajaan negeri menyasarkan seramai lima juta pelancong ke negeri Perak dengan adanya laluan tersebut.

“Ia juga adalah untuk menyokong usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang menyasarkan ketibaan seramai 28 juta pelancong ke Malaysia pada tahun ini bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, seorang penumpang yang baru tiba, Kamaliah Ahmad Shaharuddin, 79, berkata dengan adanya laluan baharu itu memudahkan perjalanannya pergi balik ke rumah anaknya yang menetap di Johor Baharu.


“Makcik memang selalu ke Johor, kemudahan laluan baharu ini menjimatkan masa perjalanan…Makcik di sini menetap di Manjung,” katanya yang tiba bersama anak perempuannya.

Terdahulu, Nolee bersama Pengarah Tourism Malaysia Perak Ibrahim Seddiqi Talib, dan pegawai-pegawai kanan Firefly menyambut ketibaan 64 penumpang dengan pesawat FY2252.

Firefly membuat promosi tiket berharga RM59 sehala bagi semua peringkat umur sehingga 28 September ini dan tiket tersebut sah digunakan untuk perjalanan sehingga 24 Oktober 2015.

Selepas tarikh promosi, tiket akan dijual pada harga RM400 ke bawah.

Jadual penerbangan dari Johor Baharu ke Ipoh berlepas setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad pada pukul 10.20 pagi dan dijadual tiba pada 11.45 pagi manakala dari Ipoh ke Johor Baharu, pada pukul 12.05 tengah hari dan dijadual tiba pada pukul 1.30 petang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori