LAS VEGAS – Penerbangan WestJet dari Las vegas ke Kanada berpatah balik dan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran 13 minit selepas berlepas.
Jurucakap lapangan terbang Christine Crews berkata anggota kru penerbangan 1709 ke Victoria di British Columbia itu bimbang pesawat terbabit mungkin mengalami kebocoran minyak sejurus selepas ia berlepas pada kira-kira jam 3.18 petang. Pesawat Boeing 737 dengan 126 penumpang itu kembali ke lapangan terbang pada jam 3.31 petang dan mendarat tanpa sebarang kejadian.
Kebocoran minyak itu sudah dibaiki pesawat berkenaan berlepas semula pada 6 petang semalam. – AP