DAMANSARA – Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi selepas koma akibat serangan angin ahmar akhir bulan lalu.
Perkara itu disahkan kenalan rapat keluarga Allahyarham, Den Wahab.
Den, ketika dihubungi, berkata beliau dimaklumkan bahawa Allahyarham dibawa keluar dari hospital di mana beliau dirawat, tengah hari tadi.
“Saya dapat tahu pihak hospital sudah tidak dapat buat apa-apa lagi untuk menyelamatkannya. Saya ucapkan takziah untuk keluarga Allahyarham,†katanya.
Allahyarham yang banyak berkarya pada era kegemilangan sinematik Melayu, menghasilkan filem seperti Batu Belah Batu Bertangkup dan Si Tanggang.
Allahyarham yang juga suami seniwati Datuk Rosnani Jamil, berasal dari Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu Murniaty Jamil, Arjunaidi Jamil, Dr Anwardi Jamil dan Asnadi Jamil. – BH Online