Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Cari Waris Mayat...

MUAR - Polis mencari waris kepada satu mayat lelaki yang ditemukan terapung di...

Turki Akan Kekal Kuat...

ANKARA – Dalam ucapan penuh bersemangat di hadapan lautan manusia yang hadir sambil...

MCL Cinemas, BookDoc Bekerjasama...

KUALA LUMPUR – MCL Cinemas yang berpangkalan di Hong Kong kini bekerjasama dengan...

Harun Salim Bachik Terima...

KUALA LUMPUR - Pelakon komedi, Allahyarham Harun Salim Bachik yang meninggal dunia Mac...

Pengkalan Kubor : Pukul 10 Pagi, Peratus Keluar Mengundi 27%

TUMPAT (Kelantan) – Proses mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor mula dibuka pukul 8 pagi tadi dan keadaan proses pengundian sehingga setakat ini berjalan lancar.

Menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pukul 10 pagi tadi, peratus keluar mengundi sudah pun mencapai jumlah 27 peratus atau 6618 orang dari keseluruhan 23,929 orang pengundi berdaftar.

http://youtu.be/iM2JcWthcoA

Calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, tiba untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan berhampiran rumahnya pada pukul 8.20 pagi berpakaian jubah putih.

Undi_2

Lawannya calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim pula mengundi pada pukul 8.10 pagi di Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata pihak polis telah pun meletakkan anggota mencukupi di 11 pusat mengundi di DUN Pengkalan Kubor bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar hari ini.

“Ada dua pusat mengundi didapati jalan dihadapannya adalah sempit di SK Simpangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bendang Pak Yong, walaubagaimanapun kita (polis) telah tambah anggota trafik di kawasan itu bagi melancarkan pergerakan trafik,” katanya kepada wartawan ketika melawat pusat mengundi di SK Simpangan hari ini.

Mazlan turut menyeru para pengundi agar jangan risau dan bimbang untuk keluar mengundi kerana pihak polis telah bersiap sedia menjaga keselamatan agar sentiasa terjamin.


“Kita pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba menghalang para pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

Undi_3

“Tindakan tegas itu saya telah beri arahan kepada semua pegawai dan anggota saya yang bertugas,” katanya.

Proses mengundi bagi PRK DUN Pengkalan Kubor akan terus berlangsung sehingga kesemua pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang nanti.

Pada PRK itu, calon BN, Mat Razi berdepan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Kerusi DUN berkenaan sebelum ini milik BN dengan penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi menang menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saharun Ibrahim dan calon bebas sama pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Ketika itu, BN menang dengan majoriti 1,736 undi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori