Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Lelaki Rempuh...

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang pemandu lelaki setelah bertindak merempuh sekatan jalan...

Tempoh Penjara Lebih Lama...

KUALA LUMPUR - Dalam kajian semula kes-kes keganasan, Mahkamah Rayuan telah memberi isyarat...

Mourinho Gesa Woodward Tidak...

JOSE Mourinho menggesa lembaga pengarah Manchester United supaya tidak membeli Cristiano Ronaldo sebaik...

Laluan Tram Tidak Bersepadu...

GEORGE TOWN - Aktivis warisan menyuarakan kebimbangan mereka tentang cadangan laluan tram oleh...

Nasihatkan Penduduk Jangan Bela Haiwan Peliharaan

SUSULAN permasalahan kucing liar di kawasan kondominium Glenview Villa berhampiran Kampung Baru Cheras yang menganggu kehidupan seharian sebahagian besar penduduk di situ, hari ini MYNEWSHUB.CC cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan kondominium berhubung isu tersebut.

(Baca:  Masalah Kucing Liar- Pengurusan GlenviewVilla Kurang Ajar)

Pihak pengurusan menerusi Eksekutif Kanan Bangunannya, Muhamad Fazree Balamis mengatakan pihak mereka cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan permasalahan yang melanda penduduk di kawasan tersebut.

Tindakan yang hanya dapat dilakukan pihak mereka ialah dengan menangkap kucing liar yang kemudiannya diserahkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selain mengarahkan tukang pembersih atau ‘cleaner’ untuk membersihkan kawasan kejiranan yang mana kucing-kucing itu selalu membuang najis.

“Kalau nampak, kami akan tangkap dan serah kepada MPAJ dan selepas kami tangkap, pasti akan ada kucing liar lain yang datang,” katanya ketika dihubungi MYNEWSHUB.CC, sebentar tadi.

Fazree turut menjelaskan kedegilan sesetengah penduduk yang membela binatang seperti kucing dan anjing walaupun terang-terangan undang-undang kondominium tidak membenarkan mereka membela binatang turut menyumbang kepada permasalahan tersebut.

Menurutnya, kebanyakan penduduk yang memiliki binatang itu akan turun ke aras 1, 2 dan 3 dan membiarkan haiwan peliharaan mereka membuang najis di situ sehinggakan kawasan berkenaan berbau busuk.


Najis-najis itu pula kemudiannya terpaksa dibersihkan ‘cleaner’ yang bertugas agar kawasan sekitar tidak tercemar dengan bau busuk yang ditinggalkan oleh binatang-binatang tersebut.

Untuk mengelakkan permasalahan ini daripada terus berlaku, Fazree menasihatkan penduduk yang membela haiwan peliharaan agar tidak berbuat demikian dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Jika mereka didapati membela binatang peliharaan, pihaknya akan memberikan notis serta amaran terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut akan diambil dengan memaklumkan perkara tersebut kepada MPAJ, yang mana bertanggungjawab merampas haiwan peliharaan mereka.

“Kita dalam kawasan rumah bertingkat, undang-undang telah diperuntukkan dan dipersetujui semua penduduk, memang tak boleh ada hawian peliharaan dan pihak pengurusan memohon (penduduk) ikut undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori