Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Perintah Beku Tiga Akaun...

MAHKAMAH Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini mengekalkan perintah membekukan tiga akaun bank...

Anak Maria Chin Abdullah...

ANAK lelaki kepada Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah cedera ditikam seorang...

PAS Hadapi Cabaran Besar...

MUADZAM SHAH - PAS menghadapi cabaran besar untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada...

Kecoh Tun M Seru...

KUALA KANGSAR - Teruja mahu sangat menjatuhkan Barisan Nasional (BN), Tun Dr. Mahathir...

Peniaga Naikkan Harga Sebelum GST, Pensabotaj Ekonomi Negara

KLUANG – Peniaga yang menaikkan harga barangan sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada tahun depan, disifatkan sebagai pensabotaj ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau mengingatkan bahawa kerajaan sentiasa memantau kegiatan mereka dan tindakan undang-undang akan dikenakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Mereka ini ialah pensabotaj ekonomi negara. Jangan ingat kerajaan tidak tahu tindakan mereka itu, kita mengetahuinya dan memantaunya sebelum mengambil tindakan,” katanya selepas seminar GST di Institut Tadbiran Awam Wilayah Selatan di sini hari ini.

Katanya, GST adalah sistem percukaian yang baik untuk Malaysia dan ia sudah dilaksanakan di 160 negara seluruh dunia.

Tidak semua barangan akan mengalami kenaikan harga selepas pelaksanaan GST, malah sebahagian barangan dijangka mengalami penurunan harga manakala sebahagian lagi tidak akan menghadapi sebarang perubahan harga.

“Indeks Harga Pengguna (CPI) dijangka secara purata akan naik 1.48 peratus selepas pengenalan GST, bagaimanapun ia hanya untuk sementara waktu sebelum indeks itu kembali stabil,” katanya.


Ditanya sama ada petrol dan diesel turut dikenakan GST, Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, kerajaan masih mengkaji mengenainya dan akan mengumumkannya kepada orang ramai kelak.

“Kita masih mengkajinya dan akan membuat keputusan yang terbaik,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad berkata pengenalan GST bakal memberikan kesan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, selain meningkatkan eksport serta merangsang industri pelancongan negara dan meningkatkan kadar kutipan cukai bagi tujuan pembangunan negara.

Beliau juga mahu seminar penerangan mengenai GST seperti yang diadakan hari ini, diperluaskan lagi meliputi semua peringkat masyarakat bagi membolehkan mereka mendapat maklumat yang tepat mengenai sistem percukaian itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori