Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ekspresi Felda Negaraku Meriahkan...

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Peneroka 2017 Peringkat Kebangsaan kali ke-60 kali ini bertambah...

Khairy Kecewa Isu Sambutan...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kesal dengan sikap segelintir...

Bersatu Kekalkan Keamanan, Tolak...

PASIR MAS - Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengutuk perhimpunan haram Bersih 4 di...

Man City Akan Terus...

LONDON - Manuel Pellegrini memberi jaminan Manchester City akan terus berjuang merebut kejuaraan...

Penjelasan Abby Abadi – ‘Orang Lain Pun Ada Je Kawan Lelaki…’

MAAFLAH jika semenjak akhir-akhir ini cerita pelakon Abby Abadi kerap menghiasi ruangan Artis kami.

Mungkin ada benarnya kata orang, kadang-kadang semakin kita cuba menjelaskan, semakin itulah orang berfikir yang bukan-bukan mengenai kita.

Ayat mudahnya, ada perkara yang mungkin lebih baik didiamkan sahaja.

Apa yang cuba kami sampaikan ialah mengenai keghairahan Abby memuatnaik perkara peribadi khususnya mengenai ‘kawan biasa’nya di akaun Instagram.

Terbaru, pelakon itu memberikan penjelasan mengenai sambutan hari jadi yang diadakan untuk jejaka bernama Ustaz Khairul Azli yang kini kerap digosipkan dengannya:

(BACA: Abby Buat Kejutan Majlis Rai Hari Jadi Kekasih Barunya?)

Penjelasan Abby Abadi - 'Orang Lain Pun Ada Je Kawan Lelaki...'

“‘KAMI KAWAN BIASA’ Yerrr… kami kawan biasa tp dia punya tempat istimewa di hati Sy…. kerana apa? Kerana dia selalu ada di saat Sy memerlukan teman bicara. Sejujurnya Sy mmg sayangkan En @khairul_azli ini sbb kami kawan lama.. dr zaman lagha, sy berhijrah… (rasanya dia pun hijrah sekali hehe) sampai Sy berkahwin hinggalah Sy bercerai…. dia tak pernah takde bila Sy perlukan….. Baiknya lah dia, tak pernah berburuk sangka pd Sy sehingga Sy rasa bersalah sangat2 sebab…………. (episod ni rahsia.. hehe.. Kalau ALLAH izinkan satu hari nnti Sy kongsikan k)

Di mana silapnya ya kalau Sy meraikan Hari Jadi dia? Sy ada menganggu siapa2 ke utk mengembirakan hati teman Sy ni? Bila kita sayang seseorang tak salah kita tunjukkan.. sekurang2 kalau Sy dah tiada nanti, adalah kenangan utk dia… Kenapa mesti berprasangka yg tak sudah2 ya? Orang lain pun ada je kawan lelaki…. siap2 berpeluk sakan lagi.. tp kami tak sbb kami takut ALLAH.

Sy dah jelaskan dah ini bukan bf baru Sy…. tp kalau berjodoh dgn diaaa.. ALLAH Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNYA k…. tp di saat Sy menulis ttg ini, Kami berstatus kawan sahaja…. 4tahun dah kenal dia. Harap penjelasan ini sedikit sebanyak dpt menutup prasangka yg bukan2 dr pemenat2 Sy k hehe… Doakan yg baik2. Jangan bercakap & menulis perkara2 yg diluar pengetahuan k.. Dosa wak.. nanti mati seksaaa’.”


Kami bukan mahu menjadi ‘hakim’, tetapi dengan imej Abby yang cukup sempurna tutupnya, bukankah lebih baik dia tidak terlalu terbuka dalam mencanangkan sisi peribadinya kepada umum.

Bayangkan, dengan ayat seperti: “Baiknya lah dia, tak pernah berburuk sangka pd Sy sehingga Sy rasa bersalah sangat2 sebab…………. (episod ni rahsia.. hehe.. Kalau ALLAH izinkan satu hari nnti Sy kongsikan k)”, siapa yang tak akan membuat sebarang andaian?

Cukup-cukuplah dengan ayat ‘bela diri’ yang biasa digunakan oleh para artis iaitu, ‘hak kami untuk muatnaik sebarang gambar di akaun sosial’.

Selagi anda bergelar public figure, selagi itulah anda tidak dapat lari daripada menjadi perhatian orang ramai terutamanya pihak media.

Kalau tak melenting tak mengapa, tapi takut nanti mengamuk pula bila ‘dijentik’…hmm!

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori