Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Syarat Tubuh Pusat Asuhan...

SHAH ALAM - Kerajaan persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran meminda beberapa...

2 Maut, 2 Parah...

JOHOR BAHARU - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan...

Tadbir Urus Adil, Telus...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin Islam boleh...

Generasi Muda Perlu Contohi...

IPOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha...

Pil Gugur Kandungan Kini Dijual Secara Berleluasa Di FB?

TAK sangka rupa-rupanya ada pihak yang berani menjual ubat-ubatan bagi menggugurkan kandungan secara terbuka menerusi akaun Facebook.

BACA -Tasha Shila projek dalam bilik air?

Hasil carian kami menemukan beberapa akaun yang agak aktif dalam mempromosikan pil-pil tersebut iaitu:

Penjualan Pil Gugur Kandungan Secara Terbuka Di Facebook?

Penjualan Pil Gugur Kandungan Secara Terbuka Di Facebook?

Di Facebook Ubat Gugur Kandungan, biodata adminnya yang dikenali sebagai Doktor Zul juga turut disertakan:

zul

Apa yang membimbangkan, status yang dimuatnaik di akaun-akaun ini dilihat seakan-akan memujuk orang ramai untuk tidak merasa bersalah apabila menggugurkan kandungan mereka.

jual pil

ubat

ubat 2


Beberapa komen turut menunjukkan ada pihak yang berminat untuk mendapatkan pil tersebut termasuklah mereka yang masih bersekolah.

gugur

Bagaimanapun, ia turut mendapat kritikan daripada orang ramai yang tidak bersetuju dengan penjualan pil gugur kandungan itu kerana dianggap satu jenayah.

gugur 3

Dari sudut perundangan Malaysia, menggugurkan bayi adalah satu jenayah kecuali jika doktor mengesahkan ia perlu dilakukan jika mengundang risiko kepada si ibu.

Mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan, individu yang melakukan pengguguran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Manakala jika janin yang digugurkan sudah bersifat, maka pelakunya boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Apapun, diharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera terhadap individu yang melakukan penjualan pil gugur ini secara terbuka bagi membendung kegiatan tidak bermoral yang semakin berleluasa kini.

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori