Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

888,000 Pekerja Asing Kawasan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 888,000 pekerja warga asing di enam kawasan berisiko tinggi...

Malaysia Terima Jemputan Sertai...

HAMBURG : Malaysia bersetuju secara prinsipnya untuk menyertai Climate Club (Kelab Iklim) iaitu...

Ololo Sweet.. Siti Kongsi...

Sesiapa yang menjadi pengikut Instagram Datuk Siti Nurhaliza pasti maklum, penyanyi tersohor negara...

Keputusan Peperiksaan STAM Khamis...

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Siji Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 akan diumumkan...

Penstrukturan MAS Bakal Memanfaatkan Industri Penerbangan

PENSTRUKTURAN semula Malaysian Airline System Bhd (MAS) akan menyelaraskan industri penerbangan tempatan, menjaga segmen pasaran selain memberi keuntungan samada kepada kedua-dua syarikat penerbangan, tambang rendah atau premium.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata, ia adalah baik bagi AirAsia dan MAS untuk berkhidmat di pasaran masing-masing (kos rendah dan premium) kerana jika terlalu banyak pertindihan, ia tidak menguntungkan .

Mengulas mengenai senario semasa antara AirAsia, AirAsia X dan MAS, beliau berkata isu pertindihan itu adalah “satu yang lebih besar daripada yang sepatutnya.”

Kenyataan beliau dipetik dari portal berita thesundaily.my.

“Dengan pensrukturan semula, isu pertindihan akan menjadi minimum. Kita hanya perlu menyusun semula pasaran dan penyusunan semula itu memberi manfaat kepada industri,” katanya.


“Sebagai contoh, tidak semua orang ingin tinggal di hotel tiga bintang, namun ada yang bersedia untuk membayar bagi sebuah hotel lima bintang. Seorang penumpang premium tidak mahu terbang dengan syarikat penerbangan tambang rendah,” kata beliau sambil menambah bahawa kedua-dua (kos premium dan rendah) syarikat penerbangan harus menguntungkan dan berkembang hasil daripada pelaksanaan penstrukturan semula.

Dengan penyusunan semula itu, beliau berkata Malaysia akan mempunyai industri penerbangan yang sihat dan kurang wang pembayar cukai diperlukan untuk menyokong elemen industri penerbangan.

“Bukan AirAsia dan AirAsia X saja yang perlu mendapat manfaat. Semua harus mendapat manfaat dengan merasionalisasikan industri dan memberi tumpuan kepada kekuatan satu sama lain. Jelas sekali, MAS premium dan kami kos rendah,” kata Fernandes. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: Sya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori