MENYEBUT nama pemimpin asing mungkin memeningkan kepala penyampai berita di seluruh dunia.
Hal ini mengakibatkan seorang penyampai berita di New Delhi, India yang hilang pekerjaan kerana menyangka nama Presiden China, Xi Jinping yang sedang dalam lawatan ke India sebagai angka Roman XI, dan menyebutnya sebagai ‘Eleven Jinping’ di udara.
Memetik laporan AFP, kesilapan itu berlaku ketika pembaca itu membaca laporan di stesen televisyen Doordarshan mengenai lawatan berprofil tinggi pertama Presiden Jinping ke India.
Laman berita tempatan Quartz memetik Ketua Eksekutif Doordarshan, Jawahar Sircar sebagai berkata penyampai berita itu dipecat dan langkah diambil bagi mengelakkan kejadian seperti itu daripada berulang.
“Kami sudah mengambil langkah untuk mengelakkannya dan meningkatkan sistem yang ada,” kata Sircar dalam Tweeternya.
 Kesilapan itu memalukan kerajaan Perdana Menteri baru India, Narendra Modi, yang menyambut Presiden Jinping dengan permaidani merah dan meraikan hari jadinya yang ke 64 sebagai hos pada majlis makan malam untuk pemimpin China itu di sebuah khemah tepi sungai di Ahamedabad.
Pelik betullah, takkan la penyampai tu tak buat ‘study’ dulu sebelum nak ‘on air’. Ini lah padahnya, langsung kena pecat.! Nasib badan… :-MYNEWSHUB.CC
ÂÂ
Oleh: KAKAK KAWASAN
ÂÂ