Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mayat Penumpang Lion Air...

JAKARTA - Mayat seorang penumpang berjaya ditemui berhampiran lokasi pesawat Lion Air JT610...

Masyarakat Cina Yakin Dengan...

KULIM - MCA optimis Kampung Baru di sini mampu menjadi kubu terbaik buat...

KTMB Sedia Tren ETS...

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua unit...

Lebih 1,000 Pegawai, Anggota...

IPOH : Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis ditempatkan di 1,102 buah sekolah...

Penyelia Kargo Kastam KLIA Didakwa Terima Rasuah RM500

IPOH – Seorang penyelia kargo Kastam Lapangan terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima suapan RM500 pada Julai lepas.

Redzuan Ali, 35, didakwa menerima wang itu daripada seorang individu lain, ketika tertuduh bertugas di Bahagian Cukai Dalam Negeri Kastam, Kastam Diraja Malaysia, Negeri Selangor dari 2012 hingga 2013.

Redzuan dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Ipoh Garden, dalam daerah Kinta, di sini pada 1.41 tengah hari, 27 Julai lepas.

Bagaimanapun, identiti individu itu tidak dinyatakan dalam kertas pertuduhan oleh pihak pendakwaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.


Hakim Madihah Harullah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan menetapkan 21 Oktober sebutan semula kes.

Redzuan membayar jaminan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Husmarudin Husin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fadly Hashim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori