Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Lebih Banyak Tapak Tukun...

MARANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengenal pasti lebih banyak...

Taylor Swift Cari Baju...

BARU sahaja tersenarai sebagai "100 Wanita Paling Berpengaruh Dunia" untuk tahun 2015 oleh...

Tiada Sijil Halal Dari...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Jokowi Lancar ‘BRIM Versi...

JAKARTA – Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disebut Jokowi pada...

Penyembah Syaitan Korek Mata Budak Guna Sudu!

Mexico – Ia merupakan kejadian yang menakutkan. Kini perbuatan kejam yang dilakukan oleh seorang ibu bersama lima saudaranya yang juga pemuja syaitan kini menerima balasan.

Mereka dihukum penjara 30 tahun kerana mencungkil mata seorang budak lelaki, Fernando Caleb Alvarado Rios dengan sudu, dalam satu upacara ritual bagi menyeru syaitan, dua tahun lalu.

Dalam kejadian itu, Fernando telah diarahkan oleh ibunya untuk menutup mata ketika nenek, ibu dan bapa saudaranya menari-nari dalam satu pusingan sambil menyeru syaitan.

Namun apabila Fernando terlalu takut untuk melakukannya, ibunya, Maria del Carmen Garcia Rios, telah mengambil sudu dan seluruh kumpulan itu kemudiannya mencungkil mata budak tersebut.

Kejadian itu disedari selepas jiran-jiran mendengar jeritan Fernando yang dalam kesakitan. Mereka kemudiannya menghubungi polis.


Fernando kini ditempatkan di rumah kebajikan.

Keluarga itu mendakwa mereka menyeru syaitan kerana mahu menjadi pengikutnya bagi menyelamatkan mereka daripada gempa bumi.

Menurut jiran-jirannya mereka tidak percaya keluarga itu penyembah syaitan sebelum ini kerana mereka kelihatan seperti keluarga yang taat dengan agama mereka.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori