Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Akaun FB ‘Cikgu Ros...

BAGAN SERAI - Akaun Facebook atas nama 'Cikgu Ros Bagan Serai' yang memuat...

Gelaran Sultan Johor Dalam...

JOHOR BAHRU - Jemaah Majlis Diraja Johor mengumumkan penukaran gelaran bahasa 'His Royal...

15,000 Mahasiswa Sertai Program...

NILAI - Program Coca-Cola KU (Komuniti Usahawan) melalui KPDNKK yang dilancarkan April lepas,...

Pelakon ‘Psiko’ Sepanyol Kantoi...

SEPANYOL – Hampir 22,000 peminat dan pengikut instagram aktres dari Sepanyol, Anna Allen...

Perjanjian Akhir Penstrukturan Air Selangor Diteruskan?

Perjanjian akhir penstrukturan air Selangor akan tetap diteruskan seawal-awalnya esok, biarpun krisis politik berkaitan Menteri Besar negeri itu masih belum berakhir.

Memetik laporan The Malaysian Insider (TMI), satu sumber yang terlibat dengan perjanjian berkenaan berkata kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor akan tetap menandatangani perjanjian berkenaan walaupun seorang pemimpin negeri mempersoalkannya kerana Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan.

Laporan itu menyebut satu dokumen yang akan ditandatangi ialah perjanjian utama yang menyatakan secara terperinci semua langkah kerajaan pusat dan Selangor untuk menggugurkan penswastaan industri air sekaligus mengembalikannya kepada rakyat.

Kerajaan negeri itu juga dijangka akan menandatangani perjanjian membeli kepentingan tiga syarikat yang merawat dan membekalkan sejumlah 3,900 juta liter air untuk kegunaan 7 juta penduduk.

Operasi tiga syarikat berkenaan, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syabas Sdn Bhd (Syabas) dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) akan diambil alih entiti milik kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

PNSB dan Abass menjalankan operasi di beberapa loji rawatan air manakala Syabas bertanggungjawab untuk sistem pengedaran air.

Dua memorandum persefahaman (MOU) sebelum ini ditandatangani selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang biasa diadakan pada Rabu.

Pada 1 Ogos, Selangor dan Putrajaya menandatangani perjanjian antara kerajaan yang memuktamadkan perkara itu.

Di bawah termanya, Putrajaya akan membantu Selangor dalam proses menggugurkan penswastaan industri air itu dan sebagai ganti, Selangor akan memberikan kebenaran untuk projek Loji Rawatan Air Langat 2 bernilai RM3.6 bilion diteruskan.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berjanji kepada pengundi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mereka akan menyelesaikan penstrukturan air bernilai RM20 bilion jika diberikan mandat sekali lagi.


Mereka mendakwa penswastaan industri air syarikat berkaitan Umno menyebabkan berlakunya gangguan dan ketirisan meskipun tarif air dinaikkan setiap tahun.

Namun, perkataan yang digunakan dalam perjanjian yang ditandatangani Abdul Khalid itu dikritik pimpinan partinya sendiri ketika itu, PKR dan DAP.

Mereka mendakwa perjanjian itu menyebabkan terlalu banyak ikatan komitmen dibuat Selangor terhadap Putrajaya walaupun tiada jaminan kukuh industri itu akan berterusan kembali kepada rakyat.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago semalam mempersoalkan sama ada perjanjian akhir itu sah kerana Khalid hanya dianggap sebagai menteri besar “caretaker” pada waktu ini.

“Menandatangani perjanjian air ketika dalam proses transisi kepimpinan akan membawa kepada persoalan kesahihannya, terutamanya memandangkan tiada keterbukaan dan ketelusan dalam rundingan selama ini.

“Ia sepatutnya tunggu hingga kepimpinan baharu Selangor mengangkat sumpah, atas nama urustadbir yang baik dan kebertanggungjawaban,” kata Santiago.

Khalid dipecat daripada PKR pada Julai dan hilang keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Sultan bagaimanapun memintanya kekal mentadbir sehingga baginda memilih calon pengganti daripada 43 Adun PR. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori