Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ferrari Remuk, Datuk Cabut...

SEBUAH Ferrari berharga lebih RM1 juta remuk teruk selepas pemandunya yang mempunyai gelaran...

Pasukan Bola Sepak Chelsea...

CHELSEA bersedia untuk membawa bekas penyerang Andriy Shevchenko kembali ke kelab itu untuk membantu...

Trafik Perlahan Di L/Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih perlahan...

Berita Tular Ketua Polis...

IPOH - Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi masih berada dalam...

Perkhidmatan KTMB Terjejas Tren Tergelincir

KUALA LUMPUR – Sebuah tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tergelincir dari landasan dalam satu kejadian semalam.

KTMB dalam satu kenyataan media memberitahu, tren itu tergelincir di lokasi antara sektor Rawang – Tanjung Malim di yad Stesen Kuala Kubu Bharu.

“Berikutan kejadian ini, beberapa perkhidmatan KTMB telah mengalami gangguan.

“Perkhidmatan tren akan terganggu sehingga 12 September 2014 ekoran kerja-kerja baik pulih,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, semua penumpang tren (utara dan selatan) akan menggunakan bas yang disediakan oleh KTMB dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tanjong Malim.


Jelas kenyataan itu, semua penumpang itu akan meneruskan perjalanan masing-masing menggunakan tren bermula dari Stesen Tanjong Malim.

Manakala, penumpang dari utara akan menaik tren sehingga ke Stesen Tanjong Malim dan meneruskan perjalanan ke Stesen KL Sentral menggunakan bas yang disediakan KTMB.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, penumpang yang enggan meneruskan perjalanan boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh atau menukar tarik perjalanan. – mynewshub.my

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • KTMB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori