KUALA LUMPUR – Kerja-kerja membaik pulih perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya dari Stesen Masjid Jamek di sini ke Gombak yang tergendala sedang dilakukan.
Jurucakap RapidKL memberitahu Bernama, pihaknya sedang cuba menyiapkan kerja-kerja tersebut secepat mungkin.
Kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari tadi yang dipercayai berpunca dari gangguan bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad, katanya.
Para pengguna disaran menggunakan pengangkutan alternatif lain buat sementara waktu.
Jurucakap itu berkata tiada penumpang yang terperangkap di dalam tren ketika gangguan berlaku dan pihaknya memohon maaf di atas kesulitan yang dialami pengguna. – BERNAMA