Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Najib Saran Jadikan Mahathir...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja...

Video Seks Mirip Pelakon...

SATU video seks yang dikatakan mirip dengan seorang pelakon lelaki tular di media...

Suami Isteri Didakwa Buat...

TAWAU: Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari...

Malaysia Airlines Alu-Alukan Hasil...

KUALA LUMPUR - Malaysian Airline System Bhd. (Malaysia Airlines) mengalu-alukan hasil siasatan oleh...

Permohonan Maaf Sahaja Tidak Cukup – MIC

KUALA LUMPUR – “Naib Presiden DAP, Chong Chieng Jen tidak boleh dibiarkan terlepas begitu sahaja,” kata Ketua Pemuda MIC, C.Sivarraajh.

Menurut beliau, Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak perlu dikenakan tindakan disebabkan tindakan beliau menghina lagu Negaraku.

“Kami mengutuk kenyataan beliau mendakwa langkah kerajaan meminta pawagam memainkan lagu Negaraku sebelum tayangan filem satu usaha menjadikan Malaysia sebuah negara komunis.

“Permohonan maaf sahaja tidak mencukupi. Satu hukuman perlu dikenakan supaya tidak ada pihak mengulangi perkara sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sivarraajh turut menegaskan bahawa Chieng Jen tidak layak menjadi seorang wakil rakyat keranan membuat kenyataan `terencat’ seperti itu.


Chieng Jen dalam satu kenyataan melalui media sosial semalam mempertikaikan langkah kerajaan memainkan lagu Negaraku di pawagam dengan mendakwa ia usaha menjadikan Malaysia sebuah negara komunis.

Beliau turut mendakwa langkah dan usaha kerajaan untuk memupuk sifat cintakan negara sebagai usaha mengarut dan hina.

Naib Presiden DAP itu bagaimanapun membuat permohonan maaf kerana mendapat kecaman ramai pihak. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori