Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Beberapa Isu Dalam Kempen...

PORT DICKSON - Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) berpendapat...

Operasi Rumah Kelab Menembak...

SHAH ALAM Operasi rumah kelab Persatuan Menembak Selangor di Subang digantung buat sementara...

Pikom Unjurkan Purata Gaji...

KUALA LUMPUR - Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) mengunjurkan kenaikan sebanyak 7.4 peratus...

Kim Chol Jumpa Perisik...

SHAH ALAM - Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara bertemu...

Perodua Jangka Capai Sasaran Jualan 30,000 Unit Axia

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjangka untuk mencapai sasaran jualan 30,000 unit PERODUA Axia pada akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata, sejak tempahan dibuka pada 15 Ogos, pihaknya menerima tempahan sebanyak 13,500 unit, dengan tempahan harian antara 500 dan 600 unit.

“Kebanyakan permintaan ialah bagi varian Standard G, transmisi automatik dan manual yang menyumbang sekitar 50 peratus daripada jumlah tempahan,” katanya pada taklimat media mengenai pelancaran model itu di sini malam tadi.

Ketika ini, Aminar berkata tempoh tempahan bagi model tersebut ialah 1.5 bulan dan tempoh maksimum dijangka di bawah dua bulan.

Semasa pelancaran, pengeluar kenderaan kompak itu turut mengumumkan kedudukan harga yang lebih baik bagi semua varian Axia. “Kami terharu dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan kami menghormati kepercayaan itu serta sokongan, dengan memberikan yang terbaik yang dapat kami tawarkan.


“Senarai harga sebelum ini adalah bersifat sementara dan kami gembira untuk mengumumkan bahawa kami dapat memberikan harga yang lebih baik kepada pelanggan kami,” katanya.

Harga tentatif bagi model tersebut ialah daripada RM24,900 kepada RM45,300 manakala harga baharu ialah daripada RM24,600 kepada RM42,530.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, melancarkan Perodua Axia malam ini.

Turut hadir Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa; Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmar Kamaluddin dan Pengerusi Daihatsu Motor Co, Koichi Ina. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori