Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

“Saya Dihukum Kerana Gesa...

PETALING JAYA - Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki disebalik dakwaan video seks sejenis...

Doktor Kontrak, Sijil Vaksin...

KUALA LUMPUR - Perancangan masa depan untuk doktor kontrak, maklumat penerima vaksin yang...

MoU Lynas: Pengerusi Mara...

PETALING JAYA - Mara Corporation menegaskan “semua pihak berkepentingan relevan” telah dilibatkan bersama...

Dynas Mokhtar Bercinta Dengan...

Umum mengetahui perihal rumah tangga aktres jelita, Dynas Mokhtar bersama bekas suaminya, Hafizy...

Pertanian Sebagai Kegiatan Kokurikulum Sekolah Menengah

NILAI – Aktiviti pertanian integrasi akan dijadikan kegiatan kokurikulum di sekolah menengah, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini kerana aktiviti pertanian di sekolah kini kurang diberi tumpuan dan sudah tiba masanya ia digalakkan.

“Penglibatan golongan muda dalam pertanian agak kurang yang dari segi statistik, hanya 15 peratus sahaja golongan muda yang terlibat dalam pertanian.

“Jadi kita perlu tanamkan minat bertani di kalangan orang muda melalui pelajar sekolah,” katanya kepada pemberita pada majlis ‘Malam Ramah Mesra’ anjuran Cempaka International Ladies College (CILC), Bandar Enstek dekat ini malam tadi.

Ismail Sabri berkata beliau akan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menjadikan pertanian sebagai kegiatan kokurikulum sekolah.


“Kita akan mulakan di sekolah menengah dan kita jangka akan lancarkannya tahun depan. Sebagai langkah awal kita akan dijadikan CILC sebagai sekolah perintis untuk kita laksanakan projek pertanian di sekolah.

“Caranya ialah melalui pertanian integrasi yang mana kita akan libatkan bukan sahaja dari segi pertanian tetapi juga perikanan dan sebagainya.

“Di sini (CILC) lengkap dengan tanah yang sesuai untuk pertanian, ada kolam ikan dan sebagainya. Jadi kita akan jadikan ini sebagai projek perintis sebelum diperluaskan di sekolah di seluruh negara,” kata Ismail Sabri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori