Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak...

KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak sepanjang 1,090 kilometer (km)...

Harga Kereta CKD Diramal...

SHAH ALAM - Beberapa penjual kereta meramalkan harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD) meningkat...

NGO Sabah Digesa Wujud...

KOTA KINABALU - Badan bukan kerajaan (NGO) di Sabah digesa mewujudkan Rumah Perlindungan...

Perkasa Peranan Pesara Guru...

JASIN - Kementerian Pendidikan akan terus memperkasa peranan pesara guru di negara ini...

Peruntukan RM2.4 Juta Bantu Petani Kelantan

TUMPAT – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM2.4 juta kepada 708 petani di Kelantan bagi mengusahakan tanaman baharu bagi menggantikan tanaman kurang hasil.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah mengenal pasti tanaman baharu itu dari benih terpilih, termasuk kelapa matag, yang terbukti memberi hasil lebih lumayan kepada petani.

Kerajaan mahu petani memanfaatkan tanah mereka dengan tanaman yang mampu mengeluarkan hasil yang banyak untuk meningkatkan pendapatan, katanya kepada pemberita pada majlis pemberian insentif tanaman semula buah-buahan terpilih melalui Program Sayang Tani di Bendang Pak Yong di sini hari ini.

Beliau berkata sejak program tanaman semula dilaksana tahun lepas, pihaknya meluluskan peruntukan sebanyak RM31.9 juta kepada 7,312 petani membabitkan kawasan seluas 5,941 hektar di seluruh negara.


“Bantuan itu masih diteruskan dan mereka yang ingin memohonnya boleh membuat permohonan di pejabat pertanian berdekatan,” katanya sambil menambah selain benih tanaman, peruntukan itu boleh diguna bagi membina sistem perparitan dan input pertanian lain.

Katanya, kerajaan juga sedang mewujudkan lebih banyak pusat pemasaran bagi hasil pertanian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori