Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

ADUN Lenggeng Sudah Bayar...

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini Selasa menangguhkan kes muflis melibatkan Anggota Dewan...

Zambry: Teka-Teki Kekal DUN...

KUALA LUMPUR - Saat diaju persoalan sama ada beliau akan bertanding di kerusi...

30% Restoran Mamak Naik...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati 30...

Parlimen: Tok Pa Muncul...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini ‘muncul’...

PETRONAS Laksana 10 Projek Tingkatkan Hasil Minyak Negara

SYARIKAT minyak dan gas nasional, PETRONAS, kini aktif melaksanakan program meningkatkan perolehan semula minyak (EOR) untuk menambah pengeluaran minyak mentah di medan matang, dengan lebih 10 projek bakal digerakkan.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Mohamad Idris Mansor berkata, keseluruhan program itu akan dijalankan menerusi beberapa fasa hingga dekad berikutnya.

“Kami yakin bahawa sejumlah besar medan mengeluarkan minyak kini mempunyai potensi EOR,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata, permohonan pertama untuk teknologi EOR di medan minyak Tapis di luar pesisir Terengganu pada kos hampir RM10 bilion berpotensi meningkatkan pengeluaran (dari Tapis) sehingga 35,000 tong minyak sehari berbanding tiga hingga empat ribu tong sehari.

“Pelaksanaan EOR akan menambah nilai ekonomi medan berkenaan, melanjutkan operasinya sehingga lebih 25 tahun,” katanya sebelum merasmikan Pameran dan Persidangan Minyak dan Gas Malaysia 2014 di ibunegara.

Di samping EOR, Mohamad Idris berkata PETRONAS juga memperkenal Kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) iaitu berkongsi risiko dan ganjaran, dengan syarikat penerokaan dan pengeluaran (E&P) yang mempunyai kelebihan serta kontraktor minyak dan gas tempatan yang terpilih sebagai rakan kongsi.

“RSC memberikan pendedahan kepada kontraktor domestik untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti, bukan hanya sebagai penyedia perkhidmatan yang cekap dan menjimatkan, malah sebagai pemegang rizab minyak dan gas dan operator E&P.


“Setakat ini, PETRONAS telah meluluskan enam RSC. Tiga RCS yang kini dalam pengeluaran ialah Berantai, Balai Cluster dan Kapal Banang Meranti, manakala tiga lagi, Tg Baram, Tembikai Chenang dan Ophir, sedang dibangunkan,” katanya.

Beliau berkata PETRONAS, sebagai penjaga sumber hidrokarbon negara, sedar tentang cabaran untuk melanjutkan kitaran hasil, menyekat penurunan dan meningkatkan pengeluaran medan sedia ada.

“Oleh sebab PETRONAS sudah membangunkan strategi jelas untuk menjalankan penerokaan agresif, meningkatkan pembangunan medan minyak dan gas dan menambah dan memaksimumkan pengeluaran, acara seperti MOGSEC 2014 memain peranan kritikal dan berkesan dalam menemukan pelbagai penggiat industri untuk berkumpul dan membina strategi ke arah sektor minyak, gas dan tenaga lestari yang lebih dinamis,” katanya.

Hampir 500 syarikat minyak dan gas Malaysia, bersama-sama peneraju utama Petronas, MMC Oil and Gas, Muhibbah Engineering, SapuraKencana Petroleum, UMW Oil and Gas, PBJV Group, Bumi Armada, Technip dan ExxonMobil, menyertai MOGSEC 2014, bertema ‘Mengetengahkan Malaysia sebagai Hab Minyak dan Gas Serantau’ berlangsung dari 23 hingga 25 September nanti. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori