Seperti sedia maklum, tempahan awal iPhone6 nampaknya telah merima lebih dari 4 juta tempahan dalam tempoh 24 jam.
Tempahan awal di beberapa pasaran utama dunia bagi iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telah dibuka sejak 12 September lalu dan tanda-tanda awal menunjukkan, pengguna lebih berminat untuk memiliki telefon pintar iPhone 6 Plus yang hadir dengan skrin paparan lebih besar.
Kesemua versi iPhone 6 Plus menunjukkan jangka masa penghantaran antara 3 hingga 4 minggu di Amerika Syarikat, Jerman, Kanada, Perancis, Australia, Jepun, Singapura dan UK.
Lebih mendukacitakan adalah bagi pasaran Hong Kong, kesemua model iPhone 6 Plus disenaraikan sebagai tiada stok.
Bagi versi iPhone 6 pula, kesemua jenis model yang di tempah akan sampai ke tangan pengguna Amerika Syarikat pada 19 September.
Di UK dan Jerman pula, versi 64GB iPhone 6 telah juga menunjukkan tempoh penghantaran sama seperti iPhone 6 Plus namun versi 16GB dan 128GB masih boleh didapati.
Dengan ini kesimpulan yang boleh dibuat adalah, peminat iPhone 6 dilihat lebih menggemari iPhone 6 yang mempunyai skrin paparan 5.5-inci dan secara rasminya merupakan phablet pertama syarikat gergasi tersebut, manakala kapasiti paling popular adalah versi 64GB yang dilihat lebih murah kerana ianya ditawarkan pada harga versi 32GB.
Oleh: hzqahmd